Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-HRAlT0.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-HRAlT0.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Gandos Mudah Dan Sedap. Cukup Enak Dicicah Dengan Sambal Tumis!

0 5,558

Anda pernah dengar nama kuih gandos? Mungkin ada yang belum pernah rasa. Kuih gandos ni terkenal dalam masyarakat Jawa. Bahan asasnya ialah tepung dan kelapa muda yang diparut. Cara buat kuih gandos ni sebenarnya mudah je.

Hanya sebatikan 4 sahaja bahan dengan air, kemudian bakar. Rasanya lebih kurang juga seperti lempeng kelapa. Tapi bezanya kuih gandos ni dibakar dalam acuan. Sebab tu kuih ni berbentuk sikit rupanya. Memang sedap buat juadah minum petang.

Sama ada nak cicah dengan sambal bilis atau sambal tumis merah atau hijau, ianya cukup menyelerakan. Kadang-kadang juadah yang simple macam ni lebih sedap dan kena dengan tekak.

Nak kata simple tak simple, kuih gandos ni rasanya manis berlemak juga dek bahan kelapa parut tu. Makan sebiji rasa tak puas, lagi-lagi makan waktu kuih masih panas baru lepas dibakar.

Resepi kuih gandos ni ada dikongsikan oleh Melor MHodari. Kalau diamati, resepi kuih ni ada yang tak sama dengan cara orang lain mengikut citarasa. Namun resepi ni antara yang mudah anda boleh ikuti.

 

RESEPI KUIH GANDOS

Kalau rasa leceh atau malas nak sediakan sambal tumis untuk dicicah, selain dari sambal boleh juga cicah dengan susu pekat manis. Masih sedap juga rasanya. Terpulang pada citarasa anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 biji kelapa yang diparut halus (kalau nak kisar pun boleh juga)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur (yang ini terpulang sama ada nak masukkan atau tidak)

Cara buat kuih gandos:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaulkan.

▶️ Kemudian masukkan air (agak-agak) secara sikit-sikit, dan bancuhkannya sebati. Pastikan adunan tak cair sangat.

▶️ Oles acuan dengan sedikit minyak kelapa atau minyak masak.

▶️ Selepas tu tuangkan adunan dengan menggunakan sudu ke dalam acuan.

▶️ Bakar atas dapur dengan api yang kecil sehingga masak.

▶️ Cara macam mana nak tengok kuih dah masak, cucukkan kuih dengan lidi dan tengok sama ada adunan melekat pada lidi atau tak.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Bakar Yang Lembut Dan Manis Berlemak. Harum Wangi Aroma Pandan.

 

▶️ Kalau tak melekat, tandanya kuih dah masak.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

Lepas je dibakar, kuih ni rasa lembut-lembut dan wangi. Bila disiatkan, bau aroma kelapa yang dibakar tu sedap menusuk rongga. Cukup sedap dan beraroma. Sebab tu kuih ni memang enak kalau dipadankan dengan sambal tumis dan susu pekat manis.

Ada juga dalam resepi lain yang siap masukkan gula untuk rasa yang lebih manis. Sebenarnya ikut citarasa anda yang mana sedap di tekak. Kepelbagaian resepi sebenarnya sedap juga untuk dicuba.

Yang penting cara buat kuih gandos ni tetap mudah dan cepat untuk disediakan. Malah rasanya juga sedap. Lepas ni bolehlah mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.