Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Jz5aLl.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Jz5aLl.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Bistik Sedap, Pekat Dan Beraroma. Antara Lauk Kegemaran Yang Padu Rasanya.

0 4,039

Sedapnya kalau dapat makan ayam bistik dengan kuahnya pekat melikat. Cukup dengan rasa manis dan berperisa. Selalunya masakan bistik ni dibuat dengan ayam, daging atau pun telur. Resepi kali ni ialah ayam bistik yang sedap, pekat dan beraroma daripada perkongsian Rozmaliza Omar.

Resepi ni boleh tahan juga ada banyak bahan, tapi bahan-bahannya semua mudah je dan selalu memang ada di dapur. Kuahnya yang agak pekat dan padu ni buatkan sedap bila dimakan dengan nasi atau cicah dengan roti.

Buat ibu-ibu kalau nak sediakan masakan yang berlainan dari biasa dan cukup berperisa, boleh buat hidangan bistik ni. Pasti anak-anak dan suami makan penuh berselera.

Biasanya ayam bistik ni bukan semata-mata ada isi ayam je. Lagi enak kalau pelbagaikan lagi bahan seperti ubi kentang, tomato dan bahan lain sebagai penambah rasa.

Hidangan bistik ni tak terkenal dengan rasa pedas, tapi lebih kepada bahang aroma lada hitam dan lada sulah. Kalau nak rasa pedas pun daripada sos cili yang datangnya dengan rasa manis juga.

 

RESEPI AYAM BISTIK

Kadang-kadang hidangan bistik ni ada yang suka dimasak sedikit kering, dan ada juga yang suka berkuah. Kepekatan kuah juga bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh adjust bancuhan air tepung jagung yang akan dimasukkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan isi ayam:
  • 2 keping dada ayam
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • Sedikit garam

Cara penyediaan isi ayam:

▶️ Cincang atau kisar ayam sehingga lumat.

▶️ Kemudian gaulkan dengan tepung jagung, serbuk lada sulah dan telur. Gaul rata dan biarkan sekejap.

▶️ Bulat-bulatkan dan goreng dengan sedikit minyak dalam kuali non stick. Goreng sehingga kekuningan.

Bahan kuah bistik:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + air sedikit
Bahan lain:
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 biji kentang (dipotong baji)
  • 2 biji tomato (dibelah 2)
  • Sedikit kacang pea/mix vege
  • Daun sup untuk hiasan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat kuah bistik:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kentang sehingga kekuningan. Ketepikan.

▶️ Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat.

▶️ Gunakan minyak yang sama (keluarkan sikit kalau berlebihan), tumis bahan ditumbuk tadi.

▶️ Masukkan lada hitam tumbuk dan juga kesemua jenis sos. Kacau rata dan masukkan air, kiub ayam, gula dan garam.

▶️ Masukkan isi ayam dan juga kentang yang digoreng tadi. Biarkan kuah mendidih.

▶️ Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sekata.

▶️ Masukkan cili merah hiris, buah tomato dan kacang pea/mix vege. Masak sampai kuah kelihatan sedikit pekat.

▶️ Akhir sekali hiaskan dengan daun sup hiris.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Tumis Ayam Serai Pedas Dan Wangi. Simple Je Tapi Power Rasanya!

 

Makan dengan nasi panas-panas memang sangat menyelerakan. Ayam bistik ni memang sesuai untuk juadah anak-anak sebab tak pedas dan kuahnya sedap berperisa.

Kalau nak masak untuk makan tengah hari tu, boleh buat lebih supaya boleh bawa ke petang atau malam. Kalau tengah hari makan dengan nasi, waktu malam boleh buat hidangan cicah roti.

Kalau anda dah lama mencari resepi ayam bistik sedap, resepi ini antara yang padu rasanya. Rugi kalau tak cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.