Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Ketayap Lembut Dan Kulit Berlubang-Lubang. Sedap Dengan Inti Manisnya.

0 5,143

Sekali sekala minum petang dengan kuih ketayap dari air tangan sendiri. Lagi-lagi kuih ketayap lembut dan kulit berlubang-lubang tu. Hmm sedap tak terkata. Kalau yang kulit licin tu tak puas makan kan? Biasanya yang macam tu kurang lembut dari yang menggerutu dan berlubang ni.

Kalau dapat, mau berbiji-biji sorang makan. Kuih ketayap ni kuih legend dari dulu lagi yang nenek suka buat kat kampung. Kat pasar malam ke, bazar Ramadhan mahupun kedai sarapan pagi selalu sangat ada. Teringin juga nak buat sendiri kan?

Resepi ni dikongsikan oleh Norzurah Samudin. Tengoklah kejadian kuihnya. Mau tak tergoda. Lembut, warna cantik dan elok kejadian. Siap dengan resepi inti kelapa manis.

Untuk kulit ketayap ni bahan utamanya ialah tepung gandum. Kemudian bancuhkan dengan telur, air, minyak, garam dan pewarna. Zaman sekarang ni macam-macam warna orang buat.

Kalau anda perasan, kuih katayap ni sama juga resepinya dengan roti jala. Sebab tu tekstur kedua-dua kuih ni sama je. Cuma hasil akhirnya dibuat berbeza ikut jenis kuih.

 

RESEPI KUIH KETAYAP

Kalau buat kuih ni sebaiknya gunakan kuali non stick dan leper. Mudah nak ratakan adunan atasnya secara membulat. Kulit kuih ni hasilnya lebih cantik kalau ratakan pakai belakang senduk bulat.

Bahan-bahan kulit kuih ketayap:
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan air (nak wangi, kisar dengan daun pandan dan tapis airnya)
  • 1 biji telur (kocak dulu baru kisarkan sekali dengan bahan lain) – Kalau tak letak telur pun tak apa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam sedikit
  • Pewarna hijau secukupnya
Bahan-bahan inti kelapa:
  • 1 biji kelapa parut (ambil yang putih je)
  • ¾ cawan gula merah
  • 1 helai daun pandan
  • Air sedikit

Cara buat kulit kuih ketayap:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam blender.

▶️ Kisar sehingga hancur sebati.

▶️ Panaskan kuali dan oleskan dengan sikit minyak untuk dapatkan hasil kuih yang lebih cantik.

▶️ Bila kuali dah panas tu, angkat kuali dan tuangkan 1 senduk adunan.

▶️ Ratakan adunan (lenggangkan kuali), lepas tu letak kuali semula atas api.

▶️ Kalau tak nak lenggangkan, boleh juga ratakan pakai belakang senduk bulat.

▶️ Untuk resepi ni gunakan kuali besar leper. Cara nak dapatkan corak berbelang, boleh picitkan adunan bentuk lingkaran ubat nyamuk dulu.

▶️ Lepas tu, baru sendukkan adunan di tengah-tengahnya. Buat bulatan membulat sehingga lingkaran tadi tutup sepenuhnya.

▶️ Masa masak, jangan buat tebal sangat dan api jangan besar.

▶️ Dah siap boleh angkat dan ketepikan.

Cara buat inti kelapa:

▶️ Panaskan air dalam kuali/periuk.

▶️ Masukkan gula merah dan daun pandan yang disimpul.

▶️ Kacau sehingga gula larut.

▶️ Bila gula dah hancur sepenuhnya, masukkan kelapa parut.

▶️ Kacau sentiasa dan biarkan sampai kelapa kering. Kecilkan api.

▶️ Lepas dah siap inti kelapa, bolehlah teruskan proses menggulung.

▶️ Letakkan inti seperti biasa dan gulung kuih kemas-kemas. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Lempeng Lembut Dan Sedap. Bahan Paling Simple. Cicah Dengan Sos Cili Je.

 

Jangan risau kalau anda biarkan kulit kuih ketayap lama-lama sebab ia tak akan melekat antara satu sama lain walaupun dah sejuk.

Jadi, boleh buat sama ada kulit dulu, atau inti dulu. Terpulang mana mudah bagi anda. Sedap sangat makan kuih dengan kulit yang lembut dan inti manis ni.

Sempurna rasanya kuih ketayap lembut dan sedap ni buat minum petang dihidangkan dengan kopi panas. Nanti jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.