Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Acz0FT.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-Acz0FT.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Lompang Sedap, Lembut Gedik. Mudah Je Gunakan Sukatan Cawan.

0 15,252

Kuih yang lemak manis dan lembut macam kuih lompang ni amat sedap kalau buat hidangan minum petang. Kadang-kadang kuih macam inilah yang buatkan kita makan tak cukup sebiji dua je. Selama ni buat kuih bergoreng je seperti goreng pisang, lempeng dan sebagainya. Terasa muak pula kan.

Tapi kebanyakan kita kalau nak makan kuih lompang ni kita beli je. Sebab risau nak buat kalau melibatkan kuih muih yang bertekstur lembut gedik macam ni. Yelah, takut buat tak menjadi. Tapi sebenarnya nak buat kuih ni mudah je.

Bahan sangat ringkas. Dan cara buat kuih lompang ni hanya perlu satukan kesemua bahan dan gaulkan sebati. Cuma kalau nak buat kuih ni sukatan bahannya perlulah betul untuk pastikan teksturnya lembut tak lari dari ciri-ciri asalnya.

Kuih lompang ni kalau perasan bentuknya bulat mengikut acuan dan ada kesan tenggelam sikit di bahagian tengahnya seakan lesung pipit. Ini salah satu ciri-ciri kuih lompang yang amat menarik dan cantik bila dihidangkan.

Nak bentukkan lekuk seakan lesung pipit tu pun ada caranya. Menurut resepi Noriza Jaja, acuan kuih lompang perlulah dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan ke dalamnya. Insya Allah akan terjadi lekuk lesung pipit yang diidamkan.

 

RESEPI KUIH LOMPANG

Kuih lompang ni kebiasaannya ada macam-macam warna yang orang buat. Ada yang bewarna coklat, hijau, oren, merah dan sebagainya.

Untuk resepi kali ni kita buat warna coklat di mana menggunakan bahan gula merah. Kalau buat warna selain dari tu, kebanyakkannya gunakan pewarna untuk dapatkan hasil warna yang berlainan.

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 6 cawan air
  • 1 sudu besar air kapur
  • Kelapa parut (dah siap digaulkan dengan garam dan kukus)
Cara buat kuih lompang:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam kuali kecuali kelapa parut. Panaskan dan kacau sehingga gula larut.

▶️ Kemudian tapiskan adunan.

▶️ Panaskan air pengukus.

▶️ Sementara tu oleskan acuan dengan sedikit minyak. Dan panaskan acuan dalam periuk pengukus selama 5 minit.

▶️ Kemudian tuangkan adunan yang dimasak tadi ke dalam acuan.

▶️ Kukus selama 15 minit dengan api yang besar.

▶️ Selepas dah masak, angkat dan biarkan sejuk.

▶️ Dah sejuk barulah keluarkan kuih lompang. Dan taburkan kelapa parut yang dah siap dikukus dan digaul dengan garam.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Kuih Nona Manis Lembut Dan Sedap. Cara Kukus Untuk Hasil Kuih Yang Licin Dan Cantik.

 

Sekali pandang kuih ni terus tergoda. Kuih yang lembut gedik sebegini, bila dimasukkan ke dalam mulut terasa nikmat kelembutannya. Tambah lagi rasa manis dan wangi dek gula merah.

Itu yang buatkan bertambah sedap bila digabungkan dengan taburan kelapa parut yang rasa masin-masin berlemak. Dua kali gigitan je terus boleh licin cepat kuih ni.

Kalau lihat balik tak ada lah susah mana cara buat kuih lompang yang sedap dan lembut ni. Janji sukatan bahannya diukur dengan betul. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.