pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Pau Mawar Cantik Dan Gebu! Rahsia Untuk Pau Mawar Yang Wangi Dan Sedap.

0 1,904

Dulu ingatkan pau ni sejenis roti berinti yang gebu dan bulat-bulat yang biasa nampak orang jual dalam pengukus tu je. Rupanya ada juga pau bentuk bunga mawar yang berwarna warni. Cantik, gebu dan sedap pula tu. Cara buat pau mawar cantik dan gebu ni memang lain dari yang lain.

Perlu bahagikan doh pada beberapa warna untuk jadikan kelopak bunga. Nampak macam rumit, tapi sebenarnya tak susah sangat pun. Hasilnya pun cantik memikat. Kalau nak buat hidangan tetamu memang sesuai sangat.

Resepi pau mawar ni memang terkenal dengan resepi dari Jalilah JJ. Paunya paling comel dan cantik terbentuk. Warna pun soft, dan texture kelihatan lembut dan gebu.

Kalau nak cuba, boleh ikut cara buat pau mawar cantik dan gebu menawan dari resepi beliau ni. Bukan je cantik, ada juga tips untuk hasilkan pau yang wangi.

Tak kira nak letak inti apa-apa pun. Sama ada kaya, kaya pandan, kacang merah dan macam-macam lagi. Yang senangnya, inti ni beli je yang dah siap. Hanya buat pau bunganya sahaja.

 

RESEPI PAU BUNGA MAWAR

Untuk warna kelopak bunga mawar tu, terpulang pada anda nak buat warna apa yang disukai. Kebiasaannya orang buat 3 kombinasi warna seperti hijau, pink dan warna asal adunan. Ada juga kombinasi pink dan ungu. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung pau 500 gram jenama Baker’s Choice (yang plastiknya warna pink tu)
  • Double action baking powder 7 gram
  • Shortening 45 gram
  • Yis mauripan 7 g
  • Gula pasir 3 sudu
  • Susu pekat manis 2 sudu besar
  • Garam halus 1 sudu teh
  • 10 oz air biasa 235 gram
  • 10 gram cream super atau pelembut roti 1 sudu kecil
  • Inti (apa-apa perisa pun contohnya kaya, kaya pandan dan kacang merah)

Cara buat pau mawar cantik gebu:

▶️ Mula-mula ayak dulu tepung pau bersama dengan double action.

▶️ Kemudian masukkan shortening dan gaulkan bersama tepung ni sampai jadi serbuk roti.

▶️ Dalam mangkuk lain, satukan susu, gula dan air. Dan larutkan sehingga berbuih lebih kurang dalam 10 minit.

▶️ Campurkan dengan garam dan kacau sehingga sebati.

▶️ Selepas tu masukkan air bancuhan tadi sikit demi sikit dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh.

▶️ Sapukan juga cream super pada doh untuk melembutkan dan menaikkan lagi doh.

▶️ Teruskan uli doh sehingga licin dan lembut lebih kurang dalam ½ jam kalau anda gunakan tangan. Kalau guna mixer dalam 10 minit je.

▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Sedia untuk diwarnakan.

▶️ 2 bahagian darinya buat warna asal doh, dan lagi 2 buat warna pink dan ungu.

▶️ Pastikan warna doh semuanya sekata.

▶️ Bulat-bulatkan adunan sebesar bola pingpong untuk kesemua warna adunan ni.

▶️ Kemudian penyetkan (atau canaikan) bentuk seperti dalam gambar. Susun secara bertingkat.

▶️ Potong siap-siap di tengahnya.

▶️ Kemudian letak inti yang dah siap dibulatkan, dan gulung dari hujung ke hujung.

▶️ Dah siap gulung, letak atas papercup. Biarkan sekejap sehingga doh tu menaik.

▶️ Lepas tu boleh susun atas tray, dan sedia untuk dikukus.

▶️ Tapi sebelum tu, panaskan pengukus dulu siap-siap.

▶️ Tips nak bagi pau mawar ni wangi, masukkan daun pandan dalam 10 helai semasa menjerang airnya dalam pengukus.

▶️ Kukus pau mawar ni dalam 7 minit.

▶️ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Mama Carey Oren. Biskut Legend Sedap, Mudah Je Guna Sukatan Cawan.

 

Wahh, cantik sangat hasilnya. Nak makan pun rasa sayang. Lagi-lagi pau mawar ni naik gebu dan lembut. Warna dan bentuk dia tu sebenarnya jadikan pau mawar ni unik dan special.

Kalau makan panas-panas lepas kukus tu mesti lagi sedap. Boleh buat hidangan minum petang. Pada anda yang nak cuba buat pau, bolelah ikut resepi ni. Dapat tambah satu lagi kemahiran membuat kuih anda di dapur. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.