Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Kaswi Keladi Sedap Dan Lembut Gedik. Confirm Jadi! Mudah Je Guna Sukatan Cawan.

0 2,212

Siapa kat sini penggemar kuih kaswi? Kaswi ni nak tau sedap dan menjadi ialah bila tekstur dia gedik-gedik dan lembut. Bila tekan dengan sudu, boleh rasa kekenyalannya tu. Kuih kaswi ni antara kuih tradisional melayu yang paling digemari.

Sebab rasa dia yang lemak manis dan bersifat lembut kenyal. Tambahan lagi pula ada salutan kelapa parut yang enak kombinasinya. Kalau buat seloyang tu memang sekejapan je habis buat juadah minum petang bersama keluarga.

Kebiasaannya, paling famous orang buat kuih kaswi dengan gula merah atau gula perang. Kali ni saya nak kongsikan resepi kuih kaswi keladi yang sedap anda boleh cuba.

Resepi ni dari Iedaa Jahaya. Kalau tengok hasil kuihnya, memang terus rasa nak follow. Tekstur gedik dan kenyal tu betul-betul menjadi lepas je dikukus.

Dan walaupun dah lama sejuk lepas je dimasak, kuihnya masih lagi bergoyang gedik dan lembut. Memang sedap kalau dinikmati. Jom kita lihat resepinya.

 

RESEPI KUIH KASWI KELADI

Bahan-bahan untuk kuih kaswi ni tak banyak sebenarnya. Untuk lebih mudah menyediakan bahan, kita gunakan sukatan cawan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung ubi ½ cawan
  • Gula kastor 1 cawan (ikut tahap kemanisan anda mahu. Kalau nak manis lagi boleh tambah)
  • Santan pekat ¾ cawan
  • Santan cair 3 cawan
  • (santan pekat tu dari perahan pertama kelapa. Manakala santan cair pula dari perahan kedua dan selepasnya)
  • Air kapur 1 sudu kecil
  • Pencelup keladi 2 sudu teh (boleh tambah lagi kalau nak warna lebih pekat)
  • Kelapa parut
  • Garam sikit

Cara buat kuih kaswi keladi:

▶️ Mula-mula panaskan siap-siap pengukus dan sediakan loyang saiz 8 inci.

▶️ Kemudian lapikkan plastik dalam loyang dan sapukan sikit minyak.

▶️ Dalam mangkuk lain, satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sekata sehingga tepung dan gula larut.

▶️ Selepas tu boleh tapis adunan dan masukkan ke dalam loyang.

▶️ Kukus kuih dalam 40 minit macam tu, dan pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain supaya air wap tak menitik atas permukaan kuih.

▶️ Kalau tak nak lapik tudung periuk kukus, boleh bukak tudungnya masa minit ke7 dan lap air wapnya tu.

▶️ Dah siap boleh angkat dan sejukkan sekejap.

▶️ Lepas dah sejuk baru boleh potong. Sedia untuk salutkan kuih dengan kelapa parut.

▶️ Gaulkan kelapa parut dengan sedikit je garam dan kukus sekejap.

▶️ Kemudian taburkan kelapa parut tu dalam besen, atau atas dulang/pinggan.

▶️ Golek-golekkan kuih yang dah dipotong tadi di atas kelapa parut tu.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Seri Muka Lembut, Sedap Dan Cantik Terbentuk. Mudah Je Guna Sukatan Cawan.

 

Sangat menyelerakan bila tengok! Kalau berjaya buat kuih ni gedik-gedik, sedap dan cukup rasa lemak manisnya, confirm repeat lagi. Boleh buat perisa lain pula yang anda suka seperti pandan dan sebagainya.

Warna ungunya yang soft dan cantik berkilat tu buatkan kita bertambah selera lagi. Memang wajib cuba! Pada anda yang nak buat kaswi tu,  bolehlah ikut resepi kuih kaswi keladi ni. Pasti anda menyukainya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.