Ini dia satu lagi masakan sotong yang sangat sedap wajib anda cuba. Tak boleh main-main dengan resepi ni. Kalau tengok tak terliur, tak taulah nak kata apa. Resepi rendang sotong sumbat telur namanya. Dengar je pun dah boleh bayang macam mana rasa dia kan.
Selalunya, sotong sumbat ni antara menu sotong orang suka buat. Kali ni advance lagi sebab sotong sumbat tu dimasak rendang. Berganda-ganda nikmat bila makannya. Makan pula dengan nasi panas. Boleh bartambah-tambah.
Resepi ni asalnya dari Chef Wan. Tak perlu pening lagilah, confirm sedap punya. Bila tengok Puan Eny Abdullah masak semula resepi ni, terus rasa nak ikut sama mencuba.
Kuah rendangnya nampak berselera. Dan sotong sumbat pun dimasak cantik dengan isi telur yang mampat. Sedap betul kombinasi sotong sumbat ni dengan kuah rendang.
Yang lagi menariknya, ada bahan rempah tambahan dimasukkan ke dalam resepi asal untuk naikkan lagi aroma. Jom kita lihat resepinya.
RESEPI RENDANG SOTONG SUMBAT TELUR
Resepi ni untuk 4 ekor sotong yang bersaiz sederhana. Kalau anda nak masak lebih, nanti boleh agak-agak nak tambahkan bahan. Kuah rendang kena lebih supaya sepadan dengan sotong.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk sotong sumbat:
- Tauhu lembut 1-2 batang (hancurkan siap-siap dengan garfu)
- Telur 5 biji
- Garam sedikit
- Lada sulah sedikit
- Sotong (saiz sederhana 4 ekor)
Bahan untuk rendang:
- Daun limau purut 2 helai
- Santan pekat 400 ml
- Kerisik 2 sudu kecil
- Minyak masak 4 sudu makan
- Asam keping 3 keping
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar pula sebagai pes rempahnya:
- Bawang merah 5 ulas
- Bawang putih 2 ulas
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci
- Serai 2 batang yang dihiris nipis
- Cili kering 10 tangkai siap direbus
- Cili padi 5 biji
Bahan rempah tambahan yang dimasukkan:
- Serbuk jintan manis 1 sudu kecil
- Serbuk jintan putih 1 sudu kecil
- Serbuk ketumbar 1 sudu kecil
Cara masak rendang sotong sumbat telur:
▶️ Mula-mula siapkan sotong sumbat dulu.
▶️ Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Dan masukkan garam dan lada sulah. Pukul hingga sebati.
▶️ Masukkan pula tauhu yang dah siap dihancurkan de dalamnya.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan telur tu. Kacau telur tu sehingga hancur menjadi scramble egg.
▶️ Dan jangan terlalu masak sehingga kering. Biarkan dalam keadaan basah-basah dan boleh tutup api.
▶️ Kemudian sumbatkan telur dalam sotong ¾ penuh. Dah sumbat tu, tutup dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi kecil (pencungkil gigi).
▶️ Lepas tu masak rendang pula.
▶️Mula-mula blend bahan-bahan kisar rempahnya.
▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan kisar tu sampai naik bau.
▶️ Seterusnya masukkan semua bahan rempah tambahan iaitu serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. Kacau sekata.
▶️ Dan terus tumis sehingga masak cilinya dan garing.
▶️ Seterusnya masukkan santan dan kerisik. Masukkan juga daun limau purut dan masak sekejap.
▶️ Kemudian masukkan sotong sumbat tadi dan balik-balikkan sotong. Biarkan sampai masak. Biasanya untuk sotong saiz sederhana, 8 minit ia akan masak. Bergantung pada sotong anda.
▶️ Bila sotong dah masak, boleh angkat sotong tu keluarkan dari kuali. Angkat sotong sahaja. Rendang akan disambung masak untuk jadi lebih pekat kuahnya, sebab sekarang rendang ada lebihan air dari sotong tadi.
▶️ Terus biarkan kuah rendang tu masak, kering dan pecah minyak macam biasa kita masak rendang tu.
▶️ Bila dah kering, boleh tutup api dan masukkan semula sotong yang dikeluarkan tadi.
▶️ Dah siap boleh angkat. Dan potong sotong untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Rendang Daging Rempah Simple, Tapi Sedap Tak Terkata. Resepi Orang Kampung.
Buat juadah makan tengah hari waktu hujung minggu memang sedap ni. Lauk nampak sangat special. Makan rendang ni je dah cukup. Hidangkanlah sekali dengan ulam, salad atau timun. Confirm suami, dan mak ayah puji.
Nak buat pedas-pedas pun sedap juga. Anda boleh lebihkan cili kering blend. Ikut selera masing-masing. Nanti bolehlah cuba untuk hidangan keluarga.
Jangan lupa share kat wall Facebook anda. Boleh tag adik beradik dan kawan-kawan untuk cuba resepi rendang sotong sumbat yang sedap ni sama. Selamat mencuba!