pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Popia Goreng Rangup Dengan Inti Paling Sedap. Dengan Resepi Sosnya Yang Padu.

0 47,249

Kalau minum petang tu, popia goreng ni antara kuih yang sedap dimakan lagi-lagi time panas baru lepas digoreng. Kalau dapat makan intinya yang sedap dan padat, lagilah berselera dibuatnya. Cicah dengan sos yang pekat dan padu, confirm makan sampai berbiji-biji seorang.

Cara buat popia goreng rangup ni mudah je. Paling enaknya kalau boleh buat inti dengan sayuran dan bahan perasa yang digemari. Lepas tu gorengnya garing dan rangup di luar. Bila cicah dengan sos, nikmat rasa dia. Resepi popia goreng ni ada dikongsikan oleh Nuraini Whd Mua.

Resepi ni beliau buat untuk berniaga dan sentiasa laku keras. Bila buat popia saiz besar, lagi puas nak makan. Gorengannya cantik sebab intinya dibuat kering sebelum dibalut dengan kulit popia. Jadi, kulit popia tak kan mudah kembang semasa digoreng.

Masa menggoreng pun gunakan api yang kecil dan goreng lama sikit supaya gorengan kulit popia tu cantik dan sekata. Fuhh bila gigit, memang krup krap dan rasa intinya yang lembut dan cukup dengan aroma rencahnya.

Dalam resepi ni ada disediakan sekali cara buat sos popia goreng yang sedap, pekat, pedas dan cukup masam manisnya. Jom lihat perkongsian resepi ni.

 

RESEPI POPIA GORENG RANGUP DAN SEDAP

Untuk resepi ni, kita gunakan kulit popia yang saiz besar. Dan semasa membalut inti dengan kulit popia ni, gulungkan longgar-longgar supaya gorengan kulit tu garing sampai ke belah dalam. Tapi kena pastikan tepung yang dibuat gam tu betul-betul kering sebelum digoreng supaya kulit popia tak lembik.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan inti:

  • 1 biji sengkuang besar 500 gram (dihiris)
  • 2 batang lobak merah (dihiris)
  • 20-25 ekor udang buang kulit cincang (jangan blender)
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 pack perencah sup sayur adabi
  • 2 sudu lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak bijan 2-3 sudu
  • Bawang goreng segenggam

Cara buat popia goreng rangup:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan isi udang sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan hirisan sengkuang dan lobak merah dan gaulkan sekata. Masak jangan sampai overcook.

▶️ Seterusnya perasakan dengan garam dan rencah sup sayur adabi. Renjiskan minyak bijan sedikit.

▶️ Kemudian masakkan sampai lembut sikit lobak merah tu.

▶️ Dah siap tu, padamkan api dan taburkan bawang goreng.

▶️ Kemudian angkat dan toskan sehingga kering dan tak berair sebelum di wrap dengan kulit popia nanti.

▶️ Selepas dah kering inti, letakkan atas kulit popia dan gulungnya longgar sedikit supaya nanti gorengan garing sampai ke dalam.

▶️ Bancuhkan air tepung sikit untuk dibuat gam. Gamkan pada kulit popia selepas gulung. Dan pastikan kering gam tu sebelum digoreng supaya tak lembik.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng menggunakan api yang kecil sehingga garing.

▶️ Lepas tu angkat dan toskan. Kalau ada kertas minyak, letakkan atasnya. Nanti minyak akan mudah kering dari popia dan tidak mudah lemau.

▶️ Dah siap!

▶️ Sekarang buat sosnya pula.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Ketayap Sedap, Lembut Dan Manis. Mudah Je Caranya. Gunakan Sukatan Cawan!

 

Bahan-bahan sos:
  • 2 ulas bawang putih
  • 7-8 batang lada merah
  • 10 btg cili merah
  • 4-5 sudu cuka
  • 4-5 sudu sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu tepung jagung

 

Cara buat sos popia goreng:

▶️ Untuk sos ni, boleh agak-agak berapa sukatan garam dan gula ikut selera masing-masing.

▶️ Kisarkan semua bahan kecuali tepung jagung.

▶️ Masakkan atas kuali sehingga mendidih.

▶️ Kemudian baru masukkan tepung jagung ikut tahap kepekatan anda mahu.

▶️ Dah siap. Sedia dihidangkan dengan popia goreng!

Sedapnya bila popia goreng rangup ni dicicah dengan sosnya yang padu. Popia goreng ni kalau buat sendiri lagi puas sebab boleh letak sayuran atau isi apa yang kita suka. Dan buat terus saiz besar supaya dapat makan puas.

Lepas ni kalau dah tau buat sendiri, tak payah lagi beli di kedai. Dapat nikmati seberapa banyak pun dengan seisi keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.