pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Jemput-Jemput Bilis Campur Nasi Gerenti Sedap! Lembut Di Dalam Dan Rangup Di Luar!

0 9,457

Jemput-jemput ni, kalau buat minum petang dengan teh atau kopi panas memang layan. Lagi-lagi kalau dapat makan jemput-jemput lembut sampai ke senja, tambah lagi sedap pula ramuannya dan cukup berasa. Goreng semangkuk pun tak cukup makan seorang.

Pernah tak makan jemput-jemput bilis campur nasi? Apa kata jom cuba resepi ni untuk hidangkan buat anak-anak dan keluarga. Kalau dah makan, mesti tak boleh lupa rasa dia yang berlemak, cukup rasa dan yang penting lembut di dalam dan garing di luar.

Mesti ada yang tak pernah dengar cucur atau jemput-jemput yang ada nasi ni kan? Sebenarnya dah lama resepi ni orang buat. Dari dibiarkan nasi yang berlebihan kat rumah bazir dibuang, baik buat cucur.

Walaupun nasi ni ‘plain’, tapi bila dicampurkan dalam ramuan jemput-jemput, rasanya sedap! Kombinasi dengan bahan-bahan lain menaikkan lagi rasa.

Perkongsian resepi jemput-jemput ni ada dikongsikan di Fb Siti Norkamalia. Mudah dan senang je anda nak ikut. Lepas ni bolehlah buat untuk santapan keluarga di rumah.

 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT BILIS CAMPUR NASI

Untuk resepi ni kita masukkan 3 senduk nasi yang akan dikisar nanti. Kalau makan jemput-jemput ni memang puas dan mengenyangkan sebab kalau digabungkan lagi dengan tepung dan bahan lain, boleh kenyang macam ambil sepinggan nasi berlauk.

Bahan-bahannya:
  • 1 biji bawang besar yang dihiris
  • 2 biji kentang yang dihiris nipis atau pun didadukan
  • Ikan bilis sejemput (dah siap kopek)
  • Daun sup yang dipotong nipis (boleh agak-agak banyak mana)
  • Garam secukup rasa
  • Nasi 3 senduk
  • Tepung gandum 3-4 cawan
Cara buat jemput-jemput bilis campur nasi:

▶️ Mula-mula kisar nasi dulu.

▶️ Masukkan dalam blender bersama dengan air yang lebih dari paras nasi. Kisar sehingga halus.

▶️ Kemudian campurkan nasi yang dikisar ni dengan kesemua bahan lain iaitu bawang, kentang, ikan bilis, daun sup, tepung dan garam dalam satu mangkuk. Gaulkan sehingga sekata.

▶️ Selepas tu masukkan air sikit demi sikit sambil kacau adunan. Lakukannya sampai adunan boleh disudukan atau dijemputkan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Lepas minyak dah betul-betul panas, gorengkan jemput-jemput ni dalam saiz sederhana je. Balik-balikkan sampai bertukar warna keemasan.

▶️ Dah masak tu boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Popia Simpul Dengan Inti Serunding Ikan Bilis. Rangup Dan Sedap! Sekejap Je Boleh Habis.

 

Kalau tengok bahannya macam buat cucur bilis biasa je. Cuma penambahan nasi, kentang dan daun sup tu menaikkan lagi rasa.

Kadang-kadang kalau ada anak yang susah nak makan nasi, boleh juga jadikan jemput-jemput nasi ni sebagai hidangannya. Nampak lebih menyelerakan. Betul tak?

Lepas ni, bolehlah kerap buat jemput-jemput bilis campur nasi ni sebagai hidangan sarapan atau minum petang. Cicah dengan sos cili biasa atau cili Thai, confirm bertambah sedap dan berselera. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.