pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Ayam Sedap, Mudah Dan Padu! Lagi Bertambah Sedap Ayam Dimasak Juicy!

0 18,118

Sedapnya kalau dapat makan sambal ayam yang banyak kuah ecak. Kalau gaul dengan nasi panas-panas, fuhh, makan tak toleh kiri kanan dah. Pernah tak anda try resepi sambal ayam sedap dengan sambalnya berair atau berkuah?

Kalau tak pernah, apa kata jom lihat perkongsian resepi Puan Sheena dari Sheena’s Cooking Passion ni. Serius terliur tengok sambal ayamnya yang penuh kuah ecak dan ayam pula dimasak juicy. Memang sepadan betul cara gorengan ayam dan sambalnya tu.

Ayam tak keras langsung, dan lembut bila digaulkan dengan nasi dan sambal sekali. Tiap kali teringin nak makan sambal ayam yang berkuah, memang wajib ikut resepi ni.

Kalau sekali pandang, macam sambal ayam kenduri pun ada juga rupa dia. Resepi ni sebenarnya simple je. Cuma nampak dilebihkannya bawang besar sebagai penambah bau dan rasa dalam sambal.

Bagi yang baru nak belajar masak pun boleh follow resepi ni. Bahan-bahannya semua asas je dan mudah untuk disediakan.

 

RESEPI SAMBAL AYAM SEDAP DAN PADU

Dalam resepi ni memang kaya dengan bawang besar. 5 biji bawang besar digunakan yang dipotong bulat. Sebahagian darinya dimasak tumis, dan sebahagian lagi ditaburkan di akhir masakan.

Kalau anda nak buat versi bawang lebih boleh ikut resepi ni. Tapi kalau nak kurangkan boleh adjust ikut selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 1 ekor dah siap dibersihkan dan dipotong
  • Serbuk kunyit dan garam sedikit
  • Bawang merah besar 5 biji dipotong bulat
  • Pes bawang putih dan halia yang dah siap dikisar dalam 2 sudu besar
  • Serai 2 batang siap diketuk
  • Cili kering kisar dalam 6 sudu makan
  • Sos cili 3 sudu makan
  • Garam secukup rasa

Cara masak ayam sambal berkuah:

▶️Mula-mula kita gorengkan ayam dulu.

▶️ Lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.

▶️ Kemudian goreng sampai ¾ masak. Jangan goreng sehingga garing, sebab nanti keras.

▶️ Lebih kurang macam ni rupa ayam yang ¾ masak. Rasanya akan lebih juicy dalam masakan nanti.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai yang dah diketuk dengan pes bawang putih dan halia tadi. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Selepas tu, masukkan sebahagian bawang merah yang dipotong bulat (simpan bakinya yang akan dimasukkan hujung-hujung nanti).

▶️ Selepas bawang dah layu, masukkan cili kering kisar. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan garam secukup rasa.

▶️ Kemudian masukkan pula sos cili dan kacau sebati.

▶️ Seterusnya masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau sehingga ayam dan kuah sambal sebati.

▶️ Kemudian boleh tambahkan air sedikit. Pada yang tak nak berkuah, boleh tak masukkan air. Kemudian biarkan kuah sambalnya masak dan sebati sepenuhnya.

▶️ Selepas tu masukkan baki bawang besar tadi. Kacau sekata.

▶️ Dah siap, boleh tutup api. Kalau nak tambah hiasan, boleh taburkan daun ketumbar sedikit.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

Nyummy, makan lauk sambal ni je dengan nasi putih dah cukup sedap sangat dah ni. Tak payah lauk lain lagi dah. Nak ikutkan, resepi ni simple je.

 

BACA JUGA: Resepi Honey Garlic Chicken Terlajak Sedap. Mudah Sangat Hanya 4 Bahan Je!

 

Dan yang menariknya serai ditumiskan sekali dengan bawang dan halia. Sebab tu lah ada aroma dalam sambal yang buatkan rasanya lebih sedap.

Lepas ni bolehlah mencuba resepi sambal ayam sedap. Kalau nak masak untuk anak-anak yang tak makan pedas, boleh kurangkan sikit cili kering kisar ikut tahap kepedasan yang anda suka. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.