Segalanya Tentang Makan..

Jemput-Jemput Jagung Lembut Dan Sedap. Bukan Jagung Je, Ada Udang Cincang Sekali. Serius Sedap!

0 2,374

Anda masak apa untuk minum petang hari ni? Terasa muak kan kalau asyik ulang-ulang cekodok biasa atau pun goreng pisang. Jom buat jemput-jemput jagung yang lembut dan sedap ni pula. Kali ni masukkan udang cincang untuk menaikkan lagi rasa.

Kalau makan jemput-jemput atau cucur macam ni, makan sepinggan pun belum tentu cukup. Cicah pula dengan sos cili atau sos manis pedas Thai. Cucur ni nak sedap lagi goreng dengan isi dalamnya lembut dan rangup di luar.

Anak-anak kadang-kadang selera waktu petangnya tak ada. Kalau ibu-ibu hidangkan jemput-jemput ni pasti mereka suka. Tak nak buat pedas boleh kurangkan atau tak masukkan langsung cili merah cincang. Tapi kalau mak ayahnya yang nak makan, ada cili merah lagi sedap.

Bagi resepi jemput-jemput jagung yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ni, banyak jugalah ramuan isi yang dimasukkan di dalamnya. Bukan macam cucur tepung biasa. Bak kata orang jemput-jemput yang kayangan sikit. Ada udang, telur, jagung dan sebagainya.

Tapi bahan-bahannya tak ada lah susah untuk dicari. Yang penting jangan tertinggal daun bawang sebab daun bawang inilah bagi aroma wangi lagi dalam cucur.

 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT JAGUNG

Untuk jemput-jemput yang banyak isi macam ni perlu tengok juga cara bancuhannya. Bahan-bahan kena semua sekata. Contohnya jangan udang terlampu lebih, atau jagung pula terlalu sedikit. Perlulah sekata. Setiap biji jemput-jemput pastikan ada kesemua bahan barulah puas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 cawan tepung
  • 1 tongkol isi jagung
  • 5-6 ekor udang (cincang isinya)
  • 1 biji telur
  • Bawang besar cincang
  • Daun bawang dihiris kasar
  • Cili merah cincang
  • Garam dan secukup rasa
  • Air panas
Cara buat jemput-jemput jagung:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar atau besen. Kemudian gaul sebati.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit sampai jadi adunan boleh dijemput dengan jari. Adun guna senduk sebab kita masukkan air panas tadi.

▶️ Lepas tu rehatkan adunan sekejap dalam 10 minit.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Minyak tu kena pastikan jemput-jemput nanti acup di dalamnya. Jangan masukkan sikit sangat.

▶️ Masukkan adunan dengan cara jemput-jemput.

▶️ Goreng sampak garing dan keperangan.

 

BACA JUGA: Cucur Udang Rangup Dan Lembut. Ada Cara Untuk Dapatkan Cucur Udang Cantik Terbentuk.

 

▶️ Dah masak, angkat dan toskan.

Makan panas-panas memang sedap. Cicah dengan sos atau sambal kicap lagilah bertambah menyelerakan. Hidangkan dengan kopi o panas, confirm makan sampai licin.

Sesetengah orang suka masukkan sikit serbuk kunyit sebab nak bagi cantik warnanya. Kalau masukkan kunyit ni rasanya pun akan berbeza sikit dan sedap juga untuk dinikmati.

Ikutlah kreativiti anda mengikut citarasa masing-masing. Nanti kalau jumpa jagung kat pasaraya bolehlah beli sebiji 2 untuk buat jemput-jemput jagung yang lembut dan sedap ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.