Segalanya Tentang Makan..

Rendang Pucuk Ubi Kayu, Perkongsian Resepi Orang Nogori. Sedap Dan Padu.

0 4,203

Kalau sebut je rendang pucuk ubi kayu memang teringat masakan negeri Sembilan. Rendangnya nampak sangat sedap dan menyelerakan sebab dimasak kering. Makan dengan nasi panas-panas memang puas. Kalau tak pucuk ubi kayu pun, di negeri ni terkenal juga dengan rendang pucuk paku.

Kali ni kita lihat perkongsian resepi rendang pucuk ubi kayu dulu yang dikongsikan oleh Puan Maria. Katanya resepi ni dari ibu mertua beliau yang berasal dari negeri Sembilan. Kebiasaannya kalau rendang pucuk ubi ni mesti dicampurkan dengan ikan bilis halus, barulah betul-betul sedap.

Dalam apa-apa masakan rendang, biasanya akan dimasukkan kerisik untuk pekatkan kuah dan terus menjadi seladak rendang. Tapi untuk resepi ni tak ada dimasukkan kerisik pun.

Sebaliknya, dimasukkan santan yang banyak dan kemudian dimasak sehingga kering menjadi seladak rendang. Kalau dulu-dulu masa zaman atuk nenek di negeri Sembilan ni, memang dah biasa masak sebegitu.

Keaslian rasa santan tu lebih berasa katanya. Cuma zaman sekarang ni nak mudah dan cepat, itu sebabnya gunakan kerisik. Kalau anda nak cuba style orang dulu-dulu, boleh ikut resepi ni.

 

RESEPI RENDANG PUCUK UBI KAYU

Dalam resepi ni menggunakan santan dari 4 biji kelapa. Santan ni akan dimasak lama kadang-kadang lebih 2 jam sehingga ia betul-betul kering. Kalau masih berkuah dan tak kering tu bukan rendang namanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pucuk ubi sebesen (potong halus)
  • 10 helai daun kunyit (potong halus)
  • 6 batang serai (diketuk)
  • Ikan bilis halus (terpulang banyak mana. Lagi banyak lagi sedap)
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Santan dari 4 biji kelapa
Bahan kisar:
  • 1 genggam cili api
  • 6 biji bawang besar
  • 6 ketul besar kunyit hidup

Cara masak rendang pucuk ubi kayu:

▶️ Kisar kesemua bahan yang perlu dikisar sehingga halus.

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis.

▶️ Kemudian masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai wangi.

▶️ Lepas tu masukkan santan. Biarkan sampai santan menggelegak.

▶️ Masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit yang dah dihiris tadi.

▶️ Jangan lupa masukkan perasa dan garam.

▶️ Lepas tu bolehlah terus kacau rendang sampai betul-betul kering.

▶️ Tempoh nak bagi kering tu kadang-kadang sampai 2 jam lebih.

▶️ Bila dah nampak kering dan cantik dah tu, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Padang Indonesia Yang Sedap Dan Padu Dengan Aroma Rempah!

 

Orang negeri Sembilan kadang-kadang masak sekali banyak lepas tu kerap panaskan dan keringkan lagi sampai tahap jadi garing.

Memang sedap makan dengan nasi. Seladak rendang pun akan kering sekali dan tahap pedas dan aromanya akan lebih berasa.

Kalau anda jenis tak nak makan kering, boleh je padamkan api awal sebelum betul-betul kering. Ikut selera masing-masing kalau makan rendang pucuk ubi kayu ni. Nanti jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.