Segalanya Tentang Makan..

Resepi Maggi Goreng Basah Paling Simple Dan Sedap. Maggi PKP Tengah Malam!

0 5,214

Musim pkp ni bila duduk rumah mulalah lapar tengah malam. Paling sedap nak makan waktu macam ni dah tentu maggi. Dapat buat yang simple-simple pun dah memadai. Jom cuba resepi maggi goreng basah paling simple dan sedap yang dikongsikan oleh Sarah Kamilla ni.

Tak perlu lebih-lebih sangat bahan. Apa yang ada kat dapur tu boleh campak-campak je. Kalau nak sedap sikit campurkan dada ayam atau pun udang sebagai bahan tambahan. Selebihnya hanya gunakan bahan sos dan telur.

Masak macam ni kadang-kadang serius lebih sedap dari yang ada macam-macam bahan. Sos yang biasa ada kat dapur tu sebenarnya dah cukup berikan rasa masam, manis dan masin. Dan perencah maggi tu sendiri dah rasa sedap.

Kalau tak nak buat maggi goreng basah, boleh je buat versi kering. Kurangkan sikit air masa goreng. Mee Maggie ni semua orang tau teksturnya mudah lembik atau kembang kalau terlebih basah atau lama memasaknya.

Terpulang juga anda suka yang kembang atau biasa-biasa je. Resepi ni dibuat versi kembang dan kena dengan selera pemilik resepi. Ikut selera anda. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI MAGGI GORENG BASAH SIMPLE DAN SEDAP

Maggi goreng ni tak perlukan sebarang bawang. Terus tumis sos dan juga telur. Kalau anda jenis suka pedas, bolehlah campak sikit cili padi untuk beri rasa pedas. Tapi tak perlu banyak sangat sebab takut bau cili kuat sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Maggi
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Telur
  • Udang/isi ayam
Cara masak maggi goreng basah paling simple:

▶️ Mula-mula panaskan minyak sikit dalam kuali. Gunakan api yang perlahan je.

▶️ Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan sikit je. Kalau seorang makan dalam ½ sudu untuk setiap satu sos.

▶️ Kacau sebati dan tumis.

▶️ Lepas tu masukkan telur. Terus kacau laju untuk bagi telur hancur sepenuhnya. Kalau nampak macam kering, masukkan air sikit.

▶️ Kemudian masukkan udang atau isi ayam. Kalau masuk ayam dipotong dadu.

▶️ Masukkan perencah Maggi. Jangan masukkan semua sebab takut masin. Sos tiram sebenarnya dah cukup rasa masin. Tapi bolehlah rasa dulu untuk tengok selera anda.

▶️ Dan akhir sekali masukkan air sikit untuk tak bagi kering.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Cara Masak Maggi Goreng Ala Thai Yang Confirm Terliur. Rasanya Padu Walaupun Tak Berkuah!

 

Resepi ni memang paling simple kan. Sayur pun tak dimasukkan sekali. Kalau anda rasa macam nak tambah tu, bolehlah masukkan ½ biji tomato yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera.

Nak adjust rasa ikut selera anda ni mudah je. Boleh adjut untuk bahan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Sebab ketiga-tiga ni berikan rasa masin, manis dan masam.

Kalau tengok, memang nampak macam maggi goreng bujanglah kiranya. Tak rugi kalau anda cuba resepi maggi goreng paling simple dan sedap ni. Makan tengah malam pun tak kisah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.