Segalanya Tentang Makan..

Resepi Terung Goreng Masak Kicap Simple Tapi Terlajak Sedap. 5 Minit Je Dah Siap!

0 3,980

Macam-macam cara boleh buat masak terung ni. Ada yang suka goreng macam tu je, ada yang suka buat masak berlado atau stim Chinese style. Apa je resepi terung ni memang sedap sebab terung tu sendiri ada rasanya yang tersendiri. Tapi pernah tak anda cuba resepi terung goreng masak kicap?

Tiba-tiba teringin nak makan terung goreng pula kan, tapi tak nak lah yang goreng biasa je. Nak lah ada rasa seladak-seladak sikit. Resepi terung goreng masak kicap yang dikongsikan oleh Ana Suliana ni paling simple sekali sebab hanya perlukan 5 bahan je.

Campak-campak gitu je, 5 minit dah siap. Tapi rasa dia bukan main terangkat lagi. Sedap kalau makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau anda suka pedas, boleh masukkan cili lebih. Pasti makan bertambah-tambah.

Terung panjang ni sedap kalau kita potongnya nipis-nipis. Bila goreng rasa dia seakan garing. Kalau anda memang jenis suka terung panjang ni, pastikan masak lebih.

Lepas goreng, terung akan mengecut. Dengan rasa masak kicap yang sedap ni, takut nanti kalau goreng sikit tak cukup pula. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI TERUNG GORENG MASAK KICAP

Yang buatkan berasa resepi masak kicap ni ialah bawang putih. Jadi sebaiknya masukkan bawang putih yang banyak berpadanan dengan berapa banyak terung yang anda masak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Terung panjang (hiris nipis dan bulat-bulat)
  • Bawang putih (sediakan banyak dan potongnya hancur-hancur atau tumbuk)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan anda suka)
  • Garam

Cara buat terung goreng masak kicap:

▶️ Potong terung nipis-nipis.

▶️ Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga layu (kedut bahagian tepi).

▶️ Lepas dah layu, angkat dan toskan.

▶️ Dengan minyak yang sama, masukkan bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga garing.

▶️ Kemudian masukkan semula terung yang dah digoreng tadi.

▶️ Masukkan kicap sampai warna hitam yang anda suka.

▶️ Kemudian perasakan dengan garam.

▶️ Kacau sehingga sebati. Tapi pastikan kacau perlahan-lahan sebab takut terungnya hancur.

▶️ Dah siap boleh angkat dan sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Terung Masak Sambal Berlado Simple Dan Sedap. Masak Kering-Kering, Gaul Dengan Nasi!

 

Sedap rasanya bila terung yang garing ni dimasak dengan kicap dan cukup dengan rasa pedasnya. Sebenarnya rasanya lebih seimbang bila cili yang pedas dan kicap yang manis disebatikan.

Hidangkan panas-panas bersama sayuran atau ulam memang cukup berselera. Kalau nak lagi meletop, selitkan sekali sambal belacan.

Kalau tak sempat nak buat hidangan makan malam, boleh buat resepi terung goreng masak kicap ni. Simple dan senang je cara memasaknya. 5 minit je dah siap. Yang pasti rasanya cukup sedap dan menyelerakan. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.