Segalanya Tentang Makan..

Kuih Bakar Pandan Wangi Beraroma. Lembut Dan Garing. Bakar Guna Air Fryer Pun Boleh.

0 9,816

Kuih bakar pandan ni antara kuih tradisional Melayu yang digemari ramai. Sebab rasanya sedap berlemak dan ada aroma pandan. Manis pula dan lembut teksturnya. Memang kalau makan terbuai-buai dengan rasanya yang memikat selera.

Lagi-lagi kalau kuih masih panas-panas baru lepas dibakar. Tak boleh lupa rasanya. Selain kuih bakar, dipanggil juga kuih bingka atau bengkang. Tak tahulah kenapa banyak sangat namanya. Mungkin sebab lain tempat lain nama yang digelar.

Tapi ramuan dan cara masaknya sama je. Cuma ada bezalah pada rasa ikut jenis kuih bingka yang anda masak. Nak ikutkan ada macam-macam rasa. Selain bingka pandan, ada bingka ubi kayu, bingka labu, bingka kelapa dan macam-macma lagi.

Rupa bentuk dia pun berbeza bergantung pada bentuk atau saiz loyang yang anda gunakan. Selalunya kuih ni dimasak dalam oven. Lagi masak dan garing permukaan kuih, lagi sedap. Terasa kerangupan kuih di bahagian atas, tapi lembut dan kenyal di bahagian dalam.

Siapa yang tak ada oven tapi ada air fryer tu, boleh rujuk resepi yang dikongsikan oleh Nuyul Mohsan ni. Mudah je buatnya. Pertama kali masak pun pasti jadi, janji anda ikut betul sukatannya.

 

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN GUNA AIR FRYER

Kalau masak dalam air fryer ni kena tengok saiznya juga. Kebanyakan air fryer tak berapa besar saiznya. Gunakan loyang yang sesuai dengan air fryer masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • ½ cawan gula pasir
  • 2 biji telur
  • Bijan untuk ditaburkan (ikut suka)
Cara buat kuih bakar:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam blender.

▶️ Kisar sampai semuanya hancur. Terutamanya kena pastikan gula hancur betul-betul.

▶️ Sapukan loyang siap-siap dengan minyak supaya mudah nak keluarkan kuih nanti.

▶️ Panaskan air fryer siap-siap 5 minit sebelum kuih dimasak.

▶️ Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.

▶️ Taburkan bijan.

▶️ Masukkan loyang dalam air fryer dan bakar pada suhu 180’c selama 20 minit. Bergantung juga pada air fryer masing-masing.

▶️ Untuk resepi ni,pemilik resepi tambah lagi 10 minit untuk bagi masak lagi cantik dan betul-betul rangup. Ikut air fryer masing-masing ya.

▶️ Dah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sekejap baru potong. Sebab kuih lembik.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Bingka Buah Sawit Paling Sedap, Lembut Dan Berlemak Wangi. Rugi Tak Cuba!

 

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

Mudah je kan buat kuih bakar/bingka ni. Nak bancuh adunan mudah. Nak masak pun cepat. Kalau teragak nak makan, boleh je buat terus. Memang sempat masak untuk buat minum petang.

Rasanya yang berlemak, lembut dan wangi buatkan sedap. Lagi mantap kalau buat permukaannya betul-betul garing. Tak adalah cepat muak bila makan.

Untuk minum petang  hari ni, bolehlah buat kuih bakar pandan yang manis berlemak ni. Hidangkan sekali dengan teh’o atau kopi panas. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.