Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Sedap. Cuba Cara Tumis Darat Pula. Wangi Semerbak!

0 3,081

Bihun sup ni siapa je yang tak suka. Makan panas-panas bukan main sedap, lagi-lagi bau aroma rempah supnya. Masuk je tekak terasa segar. Resepi bihun sup mudah je sebenarnya. Apa-apa cara masak pun senang sebab lebur je bahan-bahan dan isi daging atau ayam.

Tapi mesti ramai yang belum pernah cuba cara masak tumis darat kan? Tumis darat ni tak berapa orang tahu. Cara tumis darat ni bermaksud menumis segala bawang dan rempah dalam kuali lain. Kemudian baru masukkan tumisan ni ke dalam kuah sup yang sedang direneh dalam periuk.

Lagi lama direneh lagi sedap dan beraroma. Begitu juga kalau masak gulai atau masakan lain yang buat cara tumis darat. Sama juga caranya. Hasilnya memang sedap dan menyelerakan.

Mee atau bihun sup ni yang buatkan sedap ialah bau aroma supnya. Kalau anda suka daging, air rebusan daging tu buatkan sup jadi wangi dan sedap.

Dicampurkan lagi bahan rempah, terus terangkat rasa dan aromanya. Jom lihat perkongsian resepi bihun sup tumis darat yang dikongsikan oleh Teratak Eja ni.

 

RESEPI BIHUN SUP MUDAH SEDAP

Nak menaikkan lagi selera, boleh sediakan hidangan lengkap bihun sup bersama taugeh, kacang tanah, tauhu, dan yang paling penting ialah kicap pedas. Tak ada kicap pedas memang tak lengkap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo daging (dipotong besar-besar)
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 10 biji bawang putih (dimayang)
  • Rempah bunjut sup tulang
  • Asam keping
  • Air secukupnya
Cara rebus sup:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk.

▶️ Renehkan dengan api yang perlahan sampai daging masak.

▶️ Boleh letakkan garam, aji, asam keping dan cukup rasa.

Bahan untuk tumis darat:
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • 1 labu bawang putih dimayang
  • 4 sekawan
Cara tumis darat:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bawang dan rempah 4 sekawan ni.

▶️ Goreng sehingga warnanya perang.

▶️ Lepas tu angkat dan masukkan dalam periuk sup rebusan daging tadi.

▶️ Lepas dah reneh sebati dan daging pun masak sepenuhnya, boleh padamkan api.

▶️ Boleh keluarkan daging dan hiris untuk dihidangkan sekali dalam mangkuk bihun sup.

Cara masak sambal kicap:

▶️ Mula-mula goreng bawang merah, bawang putih dan cili.

▶️ Kemudian masukkan dalam blender bersama kicap, garam, gula dan cuka.

▶️ Kisar sehingga hancur.

▶️ Sedia untuk dihidangkan dengan bihun sup.

▶️ Buat cicah daging macam tu je pun sedap sangat.

▶️ Nak lagi sedap, buat bawang goreng dan hidangkan sekali bersama.

▶️ Dah cukup lengkap hidangan bihuh sup untuk dijamah sekeluarga.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Goreng Simple, Sedap Dan Lembut. Resepi Campak-Campak Je!

 

Kalau anda nak dapatkan bihun kuning macam ni, rebuskan bihun macam biasa dan masukkan sikit serbuk kunyit dalam air rebusan. Kemudian toskan bihun.

Cantik sikit hidangan dengan bihun warna kuning ni kan. Nikmat pula lagi bila dapat hirup kuahnya yang wangi semerbak dan cukup rasa.

Lepas ni nak buat bihun sup, bolehlah cuba resepi bihun sup cara tumis darat pula. Masak hujung minggu ni untuk hidangan istimewa keluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.