Segalanya Tentang Makan..

Kuih Keria Sedap, Cantik Berkilat. Ada Tips Untuk Kuih Keria Yang Rangup Bila Makan.

0 3,420

Kuih keria ni kalau dapat makan yang padat isinya dengan ubi keledek, lembut dan penuh dengan salutan gula yang sempurna memang nikmat. Tapi tak semua tempat jual kuih keria sedap dan cantik berkilat macam ni kan.

Dah alang-alang jumpa resepi kuih keria elok sempurna yang dikongsikan oleh Inul Daroji ni, rugi pula tak cuba. Selalu kalau nak cuba buat kuih keria inilah paling seram sekali. Sebab bermain dengan ubi keledek yang padat isinya sebagai bahan utama.

Bukan apa, takut keras atau luarnya tak rangup. Kuih keria ni memang terkenal dengan kuih yang mempunyai isi yang padat dengan ubi keledek. Sebab tu kalau beli kuih keria yang entah mana-mana isi keledeknya rasa kecewa.

Satu lagi ciri-cirinya ialah perlu manis! Tak kira gula yang jenis berketul atau cair berkilat. Janji salutan kuih kene manis.

Jom kita cuba resepi dari Inul Daroji ni. Dalam resepi beliau, ada tips macam mana boleh dapat kuih keria yang crunchy bila makan.

 

RESEPI KUIH KERIA

Rupanya nak buat kuih yang rangup hanya perlukan baking soda yang dimasukkan semasa nak menguli adunan tepung. Tak perlukan banyak pun. Cukup hanya hujung-hujung sudu.

Bahan-bahan untuk kuih keria:
  • Keledek dalam 3-4 biji untuk saiz sederhana
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil garam
Bahan untuk buat salut:
  • ¼ gula merah atau gula kabung
  • 1 sudu gula pasir
  • ½ cawan air
  • Daun pandan
Cara buat kuih keria:

▶️ Mula-mula rebus dulu keledek.

▶️ Kemudian lenyekkan sehingga halus.

▶️ Lepas tu campurkan tepung gandum, baking soda dan garam.

▶️ Gaulkan sebati sampai adunan tak melekit kat jari.

▶️ Bentukkan suka hati. Biasanya bentuk bulat macam donut. Terpulang pada anda nak buat saiz kecil atau sederhana.

▶️ Panaskan minyak  yang banyak dalam kuali, dan goreng sehingga warnanya gelap sikit.

▶️ Dah garing dan sempurna, angkat dan toskan.

▶️ Kuih akan rasa crunchy di luar dan lembut di dalam.

▶️ Kemudian buat salutan gulanya pula.

▶️ Masakkan je kesemua bahan dalam kuali sampai adunan pekat likat.

▶️ Kemudian biarkan sejuk sekejap.

▶️ Salutkan kuih pada gula ni.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Buat Donut Kampung Lembut Dan Gebu Resepi Mak Mertua. Sedap Gila Boleh Buat Berniaga. 

 

Hidangkanlah untuk minum petang dan nikmati bersama teh’o panas. Fuhh, bila gigit terasa rangupnya. Di dalam pula lembut dengan isi keledek yang mampat dan lebih berbanding tepung.

Itu untungnya bila buat sendiri ni. Dapat pastikan isi keledeknya banyak. Tak ada lah perang dengan emosi kalau tersalah beli kuih keria yang terlalu jimat keledek.

Lepas ni kalau terjumpa orang jual ubi keledek, belilah sikit untuk buat stok kuih keria sedap dan cantik berkilat macam ni. Lagipun nak buatnya tak gunakan bahan yang banyak pun dan mudah je. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.