Segalanya Tentang Makan..

Cara Masak Nasi Lemak KFC. Cuba Buat Sendiri, Serius Sedap. Senang Je Rupanya.

0 10,424

Kalau makan nasi lemak KFC, perasan tak rasa dan aromanya jarang kita makan kat tempat lain. Selain nasi yang lembut dan kerai, nasi lemak KFC ni lebih wangi dengan bau halia dan juga bawang. Sebab tu kadang-kadang kita jumpa hirisan halia atau bawang kat dalamnya.

Cumanya nasi lemak KFC ni lemak santannya tidaklah sekuat nasi lemak biasa kita masak sendiri. Sebab makanan berjual yang melibatkan santan ni mungkin selalunya tak diletakkan banyak sebab takut cepat rosak.

Bila buat sendiri ni dapatlah ikut selera sendiri kalau anda nak rasa lebih berlemak kan. Mudah je sebenarnya resepi ni. Bila lihat senarai bahan memang nampaklah KFC ni utamakan bahan yang akan memberikan aroma pada nasi.

Daun pandan je dah gunakan sampai 7-8 helai untuk buat hidangan 3 cawan beras. Halia pula digunakan lebih 2 inci.

Kalau anda nak rasa kelainan sikit buat nasi lemak dari sebelum ni, bolehlah cuba resepi nasi lemak ala KFC yang dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah ni.

 

RESEPI NASI LEMAK KFC

Untuk sambal terpulanglah anda nak buat macam mana. Nak buat sambal kosong atau banyak ikan bilis dan bawang semua ikut selera anda.

Bahan-bahan nasi lemak (untuk 6-7 hidangan):
  • 3 cawan beras (atau 600 gram)
  • 2 2/3 cawan air (650 ml)
  • 1 1/3 cawan santan pekat (350 ml)
  • 2 ½ inci halia dihiris (25 gram)
  • 1 biji bawang kecil dihiris (20 gram)
  • 7-8 helai daun pandan disimpul (30-35 gram)
  • 1 sudu teh garam (5.2 gram)
Cara masak nasi lemak:

▶️ Cuci beras sehingga bersih.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan untuk sambal:
  • 9 biji bawang kecil / 3 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 25-30 tangkai cili kering dibuang biji (ikut kepedasan masing-masing)*
  • 3 sudu besar ikan bilis*
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • Air asam jawa sedikit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1-2 biji bawang besar dihiris

Cara masak sambal:

▶️ Kisar bahan yang bertanda * di atas.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar serta daun pandan. Tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Tumis sambal ni sebanyak 3 kali supaya sambal lebih cantik dan tahan lama. (Bila kering, masukkan air sikit dan tumis lagi sampai kering. Lakukan proses yang sama sebanyak 3 kali).

▶️ Masukkan sedikit air asam jawa dan perasan dengan garam dan gula. Anda boleh rasa-rasa dan adjust.

▶️ Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar sebagai hiasan. Biarkan sekejap sehingga bawang layu.

▶️ Dah siap.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Goreng Sedap Ala KFC. Rangup Dan Pedas Hanya Guna 4 Bahan Je.

 

Simple je kan sebenarnya cara masak nasi lemak KFC dan sambal ni. Kata pemilik resepi ni, ini memang resepi original nasi lemak KFC. Kalau anda memang peminat nasi lemak kat sana bolehlah cuba.

Macam biasa, hidangkanlah lengkap dengan telur rebus, kacang, ikan bilis dan timun. Kalau nak feeling KFC, gorengkan ayam sekali.

Fuhh, sedap betul. Kalau rindu nasi lemak KFC, buat sendiri jelah. Dapat buat seperiuk terus dan makan bersama keluarga. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.