pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kari Terung Ikan Masin Kurau. Lauk Istimewa Masakan Kampung. Kena Try Ni!

0 1,047

Sedap betul kalau makan gulai kari yang betul-betul naik aromanya. Masak gulai kari ni kalau anda perasan, kena tumis lama rempah karinya sampai betul-betul masak dan terbit minyak. Baru menjadi kari sedap dan padu. Perkongsian kali ni ialah resepi kari terung ikan masin kurau.

Anda pernah makan? Ikan masin kurau ni serius sedap bila dimasak kari. Isinya padat dan agak lembut. Kalau masak hanya ikan masin je dalam kari memang tak lengkap kan. Bab sayur tambahan dalam gulai dah tentu paling sedap ialah terung. Tak kira terung bulat atau panjang.

Ini pun dah kira lengkap. Makan dengan nasi panas-panas dah boleh buat kita makan bertambah. Cuma kalau nak masak pedas atau tak pedas terpulang pada anda.

Untuk gulai kari ni kalau lebih-lebih sangat masukkan cili kisar bau dia rasa lain sikit. Sebab tu jarang orang masak kari ni terlampau pedas.

Mengikut resepi Nurul Ateekah ni tak masukkan cili kisar langsung. Tapi kalau anda nak kan kuah yang pedas, boleh masukkan 2-3 sudu cili kisar. Atau kalau suka masukkan je cili besar.

 

RESEPI KARI TERUNG IKAN MASIN KURAU

Rempah kari ni ada macam-macam jenama kat pasaran. Lain-lain jenama kadang-kadang bagi rasa yang berbeza.

Kalau anda pernah cuba berbagai brand kari, mesti ada yang kena dengan selera anda. Jadi, ikutlah brand kari apa anda nak gunakan. Janji gunakan rempah kari ikan.

Bahan-bahan:
  • 9 biji terung bulat (dibelah)
  • 7 keping ikan masin kurau
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 cawan perahan santan
  • 1 cawan air masak
  • 2 batang daun kari
  • Bawang merah ( dihiris )
  • 3 ulas bawang putih (dikatok)
  • Serai (dikatok)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 cm halia
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam
  • Gula (jika mahu)
  • Minyak masak untuk menumis

Cara masak kari terung ikan masin kurau:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian goreng ikan masin sehingga masak. Lepas tu angkat dan ketepikan.

▶️ Gunakan minyak yang sama. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan, daun kari dan halia. Tumis sehingga garing keperangan dan naik baunya.

▶️ Rempah kari tadi dibancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes.

▶️ Kemudian masukkannya dalam tumisan dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api perlahan je supaya betul-betul masak.

▶️ Masukkan terung dan ikan masin. Gaulkan sebati.

▶️ Lepas tu masukkan santan yang dibancuh sikit dengan air. Kacau sehingga sekata.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Boleh rasa dulu sebab takut kuah dah cukup masin.

▶️ Biarkan masak sehingga sempurna, dan boleh padamkan api.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kari Ikan Jenahak Pekat Likat Ala Kari India. Makan Sampai Bertambah-Tambah!

 

Biasanya kalau dah masak lauk kari macam ni, nak pedas dan ada penambahan rasa, orang akan hidangkan dengan sambal belacan.

Serius sedap dan membangkitkan selera. Lagipun resepi ni mudah dan simple je bahannya. Tak ada lah perlukan bahan rempah yang banyak.

Jangan lupa cuba resepi kari terung ikan masin kurau ni. Buat hidangan untuk mak ayah mertua yang datang ke rumah. Masakan kampung macam ni pasti menjadi kegemaran mereka. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.