pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kuih Lapis Coklat Pandan. Sedap Rupanya Dari Kuih Lapis Biasa. Manis Dan Lembut.

0 7,690

Minum petang kalau dapat makan kuih manis-manis dan lembut memang sedap. Dapat pula kuih lapis coklat pandan yang taste dia sedap kat tekak. Mau habis seloyang sekali makan dengan keluarga. Rasa pula sedap lemak manis.

Selalu kita makan kuih lapis putih pink tu. Tapi kali ni resepi kuih lapis coklat pandan daripada Cik Pooja ni agak menarik untuk dicuba. Tahu je lah rasa coklat dan pandan yang lebih wangi ni. Kalau dijadikan kuih, kombinasinya memang sedap dan sepadan.

Cuma nak buat kuih lapis ni kena gigih sikit. Sebab dia berlapis-lapis. Jadi kena kukus setiap lapisan sekejap, baru tuangkan adunan yang berlainan secara selang seli sampailah adunan tu habis.

Tapi nak bancuhnya senang je. Sekali bancuh je adunan, lepas tu bahagikan adunan kepada 2 untuk buat satu lapisan coklat dan satu lagi lapisan pandan.

Hasilnya memang puas hati lepas pecah peluh duduk depan periuk pengukus. Kuih legend macam ni kalau buat untuk mak ayah mesti mereka suka. Hidangkan minum petang dengan kopi panas.

 

RESEPI KUIH LAPIS COKLAT PANDAN

Untuk resepi ni, sukatan bahannya sesuai untuk loyang saiz 9×9. Dapatlah anda kuih lapis lebih kurang dalam 8 layer ikut ketinggian tiap lapis kuih anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • 2 cawan tepung beras (kalau ada cap teratai lebih baik sebab sesuai untuk kuih)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 suku cawan gula pasir (bermakna lebih sikit dari 1 cawan)
  • 2 helai daun pandan (simpul)
Bahan C:
  • 3 sudu besar serbuk koko + 4 sudu besar air suam (kacau sehingga sebati)
  • 1 sudu teh pewarna hijau (kalau nak terang lagi boleh tambah)
Cara buat kuih lapis coklat pandan:

▶️ Mula-mula satukan semua bahan B dalam periuk/kuali.

▶️ Masakkannya atas api sambil kacau sehingga gula hancur sebati.

▶️ Lepas tu padamkan api dan ketepikan bahan B ni sampai suam-suam sikit.

▶️ Sambil tu satukan bahan A dalam satu bekas dan kacaukannya sehingga sebati.

▶️ Lepas bahan B tadi dah suam, masukkannya dalam bahan A dan kacau sampai sebati. Kemudian tapis.

▶️ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

▶️ Satu adunan masukkan bancuhan koko dan satu lagi adunan masukkan pewarna hijau.

▶️ Sediakan loyang yang dah disapu dengan minyak.

▶️ Panaskan pengukus dan letakkan loyang yang disapu minyak tadi di dalamnya sekejap, biar panas sikit.

▶️ Kemudian masukkan adunan coklat yang pertama. Boleh agak-agak ketinggiannya.

▶️ Nak mudah, masukkan adunan guna senduk bulat besar. Dan pastikan adunan rata dalam loyang.

▶️ Lepas tu kukus dalam 5 minit.

▶️ Selepas 5 minit, buka tutup pengukus dan masukkan adunan hijau pula. Tutup balik pengukus dan kukus lagi 5 minit.

▶️ Buat langkah yang sama sampai adunan habis.

▶️ Dan untuk lapisan yang terakhir, kukus selama 20 minit.

 

BACA JUGA: Resepi Talam Keladi Sedap Berperisa. Masukkan Ketulan Keladi Terus, Lagi Bertambah Sedap!

 

▶️ Lepas dah kukus, keluarkan loyang dari pengukus dan sejukkan sekejap.

▶️ Potong gunakan pisau plastik untuk hasil yang cantik.

Masa kukus pastikan anda lapik penutup pengukus dengan kain supaya wap tak jatuh atas kuih. Dan kukus gunakan api yang sederhana je.

Puas hati dapat hasil kuih yang cantik kejadian dan cukup lembut macam ni. Buat juadah minum petang atau pencuci mulut memang sesuai dan layan.

Yang penting rasa sedap dengan lemak manisnya. Nanti bolehlah cuba resepi kuih lapis coklat pandan yang memang legend ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.