Segalanya Tentang Makan..

Sedap Betul Nasi Goreng Kerabu Ni! Penuh Aroma Wangi. Rugi Tak Cuba.

0 1,059

Nasi goreng kalau makan panas-panas waktu malam memang sedap dan menyelerakan. Hidangkan pula dengan telur mata dan sambal belacan. Macam makan kat kedai tomyam selalu tu. Dengar nama nasi goreng kerabu pun boleh bayangkan rasa dia sedap macam nasi kerabu biasa tu.

Tak rugi anda cuba. Memang sama rasa dia sebab bahan lebih kurang sama. Cuma yang ini versi nasi goreng. Sedap dan naik aroma wangi lepas masak. Cuma jangan kedekut bahan lah. Hidangan memang nampak serabut sikit sebab kaya dengan bahan.

Tapi kalau bahan tak banyak, bukan nasi goreng kerabulah namanya kan. Resepi dari Nurul Ateekah ni menarik sebab ada masukkan sos ikan sebagai bahan perasa.

Lagi bertambah sedap rasanya. Nak lebih menarik lagi, masukkan ayam dan seafood udang dan sotong. Naik seri nasi goreng kalau ada bahan binatang ni. Kalau tak, nampak penuh sayur je pula kan.

Nanti sebelum hidangkan, taburkanlah ikan bilis goreng sebagai hiasan tambahan. Fuhh, kalah nasi goreng kedai tomyam macam ni. Mesti suami puji melambung punyalah.

 

RESEPI NASI GORENG KERABU

Bahan-bahan nasi goreng ni sesuai untuk 2 orang makan. Dapat dalam sepinggan besar penuh. Kalau nak buat lebih anda boleh gandakan bahan-bahannya.

Sebaiknya nak buat nasi goreng ni gunakanlah nasi semalam atau dah lama masak. Jangan nasi yang lembik baru lepas dimasak, atau pastikan nasi tu sejuk dulu. Sebab nasi yang lembik ni tak sedap kalau buat nasi goreng.

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan nasi (diperoi)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dikatok)
  • Udang
  • 1 batang cili hijau (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 batang kacang panjang (dipotong)
  • Petai
  • Serbuk lada putih ½ sudu kecil
  • Sos ikan 2-3 sudu besar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 2-3 biji telur (digoreng hancur)
  • 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)

Cara masak nasi goreng kerabu:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan.

▶️ Lepas tu goreng telur hancur pula. Angkat dan ketepikan.

▶️ Dalam minyak yang sama, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hijau.

▶️ Tumis sehingga garing keperangan.

▶️ Lepas tu masukkan udang.

▶️ Masukkan lada putih dan kacau sebati.

▶️ Masukkan bunga kantan, petai, kacang panjang, serai dan daun limau purut. Gaulkan sekata.

▶️ Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan sikit je sebab nanti akan masukkan sos ikan yang ada rasa masin juga.

▶️ Masukkan nasi putih yang dah siap diperoi.

▶️ Masukkan juga telur dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sekata.

▶️ Dan akhir sekali masukkan sos ikan.

▶️ Goreng nasi ni sehingga panas dan berasap. Biar sampai naik aromanya.

▶️ Sedia dihidangkan panas-panas.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Goreng Cili Padi, Lebih Sedap Dari Yang Biasa Dimakan Di Kedai. Padahal Simple Je!

 

Tak perlu sup kosong pun dah sedap. Tapi kalau anda nak makan dengan sup pun terpulang. Ikut citarasa sendiri.

Nasi goreng ni versi tak pedas. Kalau anda nak pedas sikit boleh lebihkan cili padi racik tu. Tapi kalau buat nasi goreng kerabu ni biasanya tak pedas. Sama jugalah macam kita makan nasi kerabu kan?

Rasanya lebih wangi je. Tapi tak pedas. Ikutlah mana sesuai dengan tekak selera anda. Nanti jangan lupa cuba nasi goreng kerabu ni. Simple tapi cukup menyelerakan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.