Rindunya nak makan kuih tradisional dulu-dulu yang nenek selalu buat kan. Kuih puteri ayu yang gebu ni selalu je nampak orang jual, tapi teringin juga nak buat sendiri. Boleh buat sekali banyak dan makan puas-puas. Rasa dia sedap dan lemak manis.
Masuk je mulut terasa aroma pandannya. Kalau bagi anak-anak mesti jadi favorite mereka lepas tu. Dah la sedap, gebu dan lembut pula tu. Nak buatnya mudah dan sekejap je sebenarnya. Kukus pun dalam 5-8 minit dah siap.
Cuma bahan je lah kena sediakan berperingkat dan perlu di mix. Kalau tak putar nanti tak naik kembanglah adunan tu nanti kan. Pukul adunan kembang ni yang buatkan kuih jadi gebu nanti.
Resepi kuih puteri ayu yang lembut gebu ni ada dikongsikan oleh Hazlita Ita. Mudah nak faham resepinya. Dan hasil kejadian kuih serius sedap dan menjadi cantik.
Yang penting kena sediakan acuan kuih puteri ayu ni. Acuan yang ada kat kedai memang ada pelbagai. Kalau nak kelainan boleh buat dalam acuan bunga ros atau bunga bulat. Ikut suka anda.
Resepi Kuih Puteri Ayu
Kuih puteri ayu ni seakan-akan ada topping. Bahagian atasnya ialah kelapa parut muda yang dah digaulkan dengan tepung. Tak perlu mix kan sekali dengan bahan lain. Masukkan bahan ‘topping’ ni dulu dalam acuan, barulah lepas tu masukkan bahan yang dimix.
Bahan A:
- 2 cawan kelapa parut (kelapa muda lagi sedap)
- 2 sudu besar tepung ubi
- Garam sedikit
*Satukan bahan A dan gaul sebati.
Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
*Diayak bersama.
Bahan C:
- ½ cawan santai cair
- 4 helai daun pandan (potong pendek)
- ½ cawan santan pekat
*Kisar daun pandan dengan santan cair. Kemudian tapis dan satukan dengan santan pekat. Gaul sebati.
Bahan D:
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu besar ovalette
- 1 cawan gula halus
Cara buat kuih puteri ayu:
▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan D dalam mixer.
▶️ Putar dalam 5 minit sehingga adunan kembang (adunan jatuh perlahan bila diangkat).
▶️ Lepas tu perlahankan mixer, dan masukkan bahan C sikit demi sedikit.
▶️ Masukkan pula bahan B dan mix sekata. Matikan mixer.
▶️ Sediakan acuan yang telah disapu sedikit minyak.
▶️ Isikan bahan A di dalam acuan dan tekan-tekankan sedikit.
▶️ Kemudian tuangkan bahan yang telah dimixkan tadi.
▶️ Air pengukus dipanaskan siap-siap.
▶️ Susun acuan dalam loyang dan masukkan dalam pengukus.
▶️ Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain dulu.
▶️ Dan kukus selama 5-8 minit dengan api yang besar.
▶️ Dah masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang.
BACA JUGA: Cara Buat Bahulu Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Hanya 3 Bahan. Puas Makan Sendiri.
Sekali sekala buat minum petang dengan kuih tradisional yang gebu-gebu lembut macam ni sedap juga. Asyik makan goreng pisang dan cucur je kan.
Selain tu boleh juga buat kudapan santai-santai kat rumah. Sambil menonton tv tu sambil mengunyah kuih puteri ayu yang lemak manis dan gebu.
Dapat buat sebekas kuih puteri ayu gebu ni belum tentu puas. Buat sekali banyak barulah berbaloi. Jangan lupa mencubanya.