pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Popia Sira Sambal Sedap. Ikut Cara Ni Untuk Popia Rangup, Dengan Sambal Berkilat.

0 4,080

Selalu kalau beli kuih sira sambal ni, mesti kita nak yang rangup, padat dengan isi dan sambal salutnya yang berasa dan mencukupi. Kalau nasib tak berapa baik, terbeli pula yang tak memuaskan hati. Apa kata kalau teragak tu, cuba buat sendiri popia sira sambal sedap dan rangup dari perkongsian Linda Mohd ni.

Selalunya kuih ni ada dijual di pasar malam atau bazaar Ramadhan waktu bulan puasa. Harganya kadang-kadang boleh tahan kayangan. Sebenarnya buat sendiri lebih untung bila dapat buat isi yang padat dan salutan sambal yang cukup rasa pedas-pedas manis.

Nak buat popia sira sambal ni pun tak lah susah mana sebenarnya. Dan ada caranya untuk dapatkan kulit kekal rangup dan sedap walaupun selepas disalutkan dengan sambal yang lembap.

Bila buat sendiri ni boleh ikut citarasa kita terutama untuk bahagian inti. Sebab ada kadang-kadang antara kita yang suka ada isi ayam/daging, dan ada juga sukakan sayuran lebih.

Buat sekali banyak memang puas hati kalau dapat menjamahnya sekeluarga. Boleh buat berlebihan lagi dan pakat-pakat hulurkan pada jiran.

 

RESEPI POPIA SIRA SAMBAL SEDAP DAN RANGUP

Untuk resepi ni menggunakan ayam sebagai salah satu bahan inti bersama dengan sayuran lain. Kalau anda nak tukarkan pada daging atau udang, boleh ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kulit popia

 

Bahan inti:
  • Dada ayam 2 keping yang dicincang halus (sebenarnya optional. Kalau tak nak letak pun tak apa. Boleh masukkan sayuran je)
  • Bawang 2 ulas yang didadukan
  • Tauge
  • Kobis
  • Lobak merah
  • Daun bawang

 

Bahan untuk sambal:
  • Cili kisar atau cili giling 1 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Minyak sedikit
  • Secubit garam
  • 1 keping asam keping

Cara buat inti popia:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang putih yang didadukan. Dan tumis sehingga keperangan dan naik bau wangi.

▶️ Lepas tu masukkan isi ayam yang dicincang. Kacau sehingga sekata.

▶️ Kemudian masukkan sayuran dan juga perasakan dengan garam.

▶️ Agak sayur dah layu sikit, boleh padamkan api.

▶️ Sediakan kulit popia, dan masukkan inti ikut seberapa padat yang diinginkan.

▶️ Lepas tu gulung popia kemas-kemas.

▶️ Nak mudahkan hujung kulit popia melekat, boleh bancuhkan sikit tepung dengan air untuk jadikan gam. Lepas tu sapukan sikit di hujung kulit popia.

▶️ Lepas tu goreng dalam api yang panas.

▶️ Lepas dah garing dan warna keperangan, boleh angkat dan toskan.

▶️ Kemudian sediakan sambalnya pula.

 

Cara buat sambal popia sira:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.

▶️ Lepas tu masukkan garam dan juga gula. Kacau seketika.

▶️ Kemudian masukkan pula asam keping.

▶️ Terus masak sambal sehingga mendidih dan berbuih.

▶️ Lepas dah masak, boleh padamkan api dan biarkan sekejap sambal menjadi suam.

▶️ Kemudian masukkan popia yang dah digoreng tadi dan ratakan di dalam kuali.

▶️ Dah siap, sedia untuk dijamah.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kudapan Dari Kulit Popia Untuk Anak-Anak! Mudah Je. Hanya Gunakan 3 Bahan!

 

Tips untuk dapatkan popia yang rangup dan sedap:

▶️ Semasa gulungkan kulit popia tu, pastikan gulung ketat-ketat dan juga kemas supaya tiada ruang minyak masuk yang buatkan ia lembik.

▶️ Semasa masak sambal, pastikan masaknya sehingga betul-betul mendidih dan berbuih. Dan pastikan sambal dah suam-suam sejuk, barulah lepas tu masukkan popia goreng.

Barulah sedap dan kekal rangup popia sira sambal ni kalau kena gaya penyediaanya. Kalau dah pandai, silap-silap kita buat lagi sedap dari apa yang dijual di kedai.

Kalau anda nak cuba buat popia sira sedap dan rangup, bolehlah nanti cuba resepi ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.