Segalanya Tentang Makan..

Resepi Apam Gula Hangus Lembut Dan Gebu Gebas, Mudah Guna Sukatan Cawan.

0 8,187

Dalam banyak-banyak apam, apam gula hangus antara yang favorite. Sebab rasa manis dan wanginya. Biasanya yang buatkan kita makan tanpa henti tu sebab teksturnya yang gebu dan lembut. Bentuk pula cantik bulat, mudah nak makan dalam 2 kali suapan je.

Selalu buat apam dalam acuan biasa atau papercup je. Kali ni tukar selera sikit buat dalam acuan kuih seri ayu. Cantik sikit bentuknya. Seronok kalau dapat hidang untuk anak-anak. Buat untuk waktu sarapan pagi atau hidangan minum petang.

Kalau nak buat sekali banyak untuk jadi makanan kudapan pun tiada masalah. Sebab apam ni memang tahan lama kalau disimpan dalam bekas tertutup. Simpan 2,3 hari pun masih elok dan sedap.

Cara nak buat apam ni senang je. Bahan sangat ringkas. Kalau tertanya-tanya kenapa dipanggil apam gula hangus. Sebab gulanya dimasak sehingga bertukar warna coklat keperangan.

Kena gigih sikitlah kacau gula sehingga jadi warna ‘hangus’ tu. Bagi yang nak cuba, jom ikut perkongsian resepi apam gula hangus dari Nadirah Mahamad ni.

 

RESEPI APAM GULA HANGUS

Warna apam gula hangus ni bergantung pada keperangan gula yang kita masak. Kalau lagi lama kita kacaunya dalam kuali, warna akan lagi pekat dan cantik. Maka akan lagi pekat warna apam tu nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan minyak
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air panas untuk gula hangus
  • 1 cawan gula dihanguskan

Cara buat apam gula hangus:

▶️ Masukkan gula dalam kuali. Kemudian masakkan atas api sehingga warna keperangan.

▶️ Pastikan gula sentiasa dikacau dengan api yang perlahan.

▶️ Biarkan sehingga gula perang, kemudian masukkan air panas dan kacau sehingga sebati. Boleh besarkan api.

▶️ Satukan minyak, marjerin, soda bikarbonat, susu pekat dan juga telur ke dalam blender. Kemudian kisar sehingga sebati.

▶️ Masukkan pula gula hangus ke dalam blender dan kisar lagi.

▶️ Lepas tu masukkan tepung dan kisar lagi sehingga sebati.

▶️ Panaskan air pengukus.

▶️ Sediakan acuan. Kemudian tuang adunan ke dalam acuan sehingga habis.

▶️ Dan kukus selama 15 ke 20 minit.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tembikai Viral Yang Pasti Buat Anak-Anak Suka! Tak Sangka Bahan Simple Je.

 

Memang sedap apam ni dengan rasa manis dan gebu. Kalau makan memang terasa kelembutannya, lagi-lagi kalau makan panas-panas.

Buat hidangan minum petang dan digandingkan dengan teh’o panas, confirm sekejap je habis. Nak buatnya pun mudah je. Bahannya tak banyak dan senang untuk disediakan.

Bagi yang tak biasa buat kuih pun boleh buat apam gula hangus ni dan pasti jadi. Janji ikut step mudah yang disediakan ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.