Dah nak masuk masuk Ramadhan ni. Mula dah ke fikir senarai kuih nak dibuat masa bulan puasa nanti? Kalau dapat buat biskut kacang almond yang krup krap, lepas tu mencair di mulut memang best sangat. Apa kata jom buat biskut ni dan ikut resepi biskut kacang almond rangup yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed ni.
Jangan terkejut anak-anak makan habis sebalang sebelum raya lagi. Sedap ya amat! Kuih ni selalu dah makan tiap kali musim raya. Antara kuih favorite juga kan. Tapi selalu makan je lah. Tak pernah cuba buat. Sebenarnya nak buat kuih ni senang je. Tak banyak sangat pun step.
Selama ni kita makan rasanya sedap sangat tu ialah disebabkan campuran tepung kastard dan serbuk badam dalam adunan tepungnya. Itu yang rasa dia enak dek rasa kekacang tu.
Kalau dapat buat sendiri ni memang untung, boleh buat berbekas-bekas. Sebab bila beli kuih macam ni pun selalunya mahal untuk sebalang.
Nak sediakan bahan untuk kuih ni pun mudah je sebab bahannya ringkas dan senang untuk dicari. Jom lihat cara membuatnya.
RESEPI BISKUT KACANG ALMOND RANGUP
Biskut ni menggunakan acuan untuk dibentukkan. Anda boleh gunakan apa-apa pun acuan kuih ikut bentuk yang diinginkan. Asal cantik dan kemas.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Butter 150 gram
- Gula halus 120 gram
- Telur gred A 1 biji
- Esen vanilla ½ sudu kecil
- Tepung gandum 150 gram
- Tepung kastard 100 gram
- Tepung jagung 75 gram
- Serbuk badam 60 gram
Bahan hiasan:
- 1 biji kuning telur dicampurkan dengan sedikit pewarna
- Almond nips / almond strips
Cara buat kuih kacang almond:
▶️ Mula-mula ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Ketepikan.
▶️ Masukkan butter dan gula ke dalam bekas mixer. Dan putar sehingga putih berkrim.
▶️ Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Putarkan lagi sehingga kembang sebati.
▶️ Seterusnya masukkan campuran tepung yang diayak tadi sikit demi sedikit. Masukkan juga serbuk badam.
▶️ Kacau dan sebatikan tepung dengan adunan.
▶️ Kemudian uli menjadi doh. Kalau doh lembik, boleh masukkan sedikit tepung gandum. Tapi sedikit sahaja ya!
▶️ Selepas dah cantik dohnya, ambil doh sedikit kemudian canaikan.
▶️ Dan terap doh dengan acuan kuih.
▶️ Susunkan atas loyang baking dan lakukannya sampai doh habis.
▶️ Sapukan campuran kuning telur dan pewarna tadi atasnya sebagai hiasan. Dan letakkan kacang almond.
▶️ Panaskan oven siap-siap. Kemudian bakar pada suhu 170’c selama 15 ke 20 minit.
BACA JUGA: Resepi Strawberi Swiss Tart Mudah Guna Acuan Semparit Je. Sedap Berlemak Jadikan Kuih Raya!
▶️ Dah siap, sejukkan sebentar. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah je kan nak buatnya. Boleh ajak anak-anak buat kuih ni sekali di dapur. Bagi yang suka biskut berasas kekacang, boleh buat kuih ni. Dari biskut dan hiasannya ada kacang yang rangup dan sedap.
Nanti bolehlah jadikan salah satu hidangan kuih raya. Pasti laku dan jadi rebutan. Jangan lupa mencubanya.