Bila buat murtabak sendiri kat rumah ni, boleh buat intinya tebal-tebal dengan rencah yang kita suka. Ada cara buat murtabak sedap dan mudah je, dengan intinya yang enak macam murtabak bazaar. Tak payah susah-susah nak uli tepung untuk kulit murtabak, sebaliknya gunakan kulit popia je.
Yela, nak menguli ni kadang-kadang take time. Kadang-kadang tu risau pula buat doh tepung tak menjadi untuk kulit murtabak tu. Jadi, kulit popia ni boleh menjadi pilihan! Lagi pun sedap dan crunchy lepas digoreng.
Yang penting intinya sedap, padu dan dibuat padat. Barulah feel makan murtabak, lagi-lagi bulan puasa ni. Bila buat murtabak sendiri ni memang untung daripada beli. Sebab kadang kala murtabak bazaar ni lebih bawang dan kentang berbanding daging.
Nanti masuk Ramadhan ni jom buat murtabak sendiri mengikut resepi yang dikongsikan oleh Yanie Mansor ni. Mudah je. Hanya masakkan inti, lepas tu balut dengan kulit popia sebelum digoreng.
Kalau buat yang kulit tepung tu, kena uli dulu, kemudian canaikan. Baru isikan inti murtabak. Panjang pula nanti kerjanya kan. Nak mudah, ikut je cara buat murtabak sedap dan mudah ni!
RESEPI MURTABAK
Murtabak ni biasanya kalau di bazaar paling famous murtabak ayam atau daging. Anda boleh sediakan ayam atau daging cincang sebagai bahan utamanya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit popia
- Ayam atau daging cincang
- Kentang 3 biji dipotong dadu
- Rempah kari 3 sudu makan
- Bawang putih 1 ulas
- Bawang besar 2 biji dipotong dadu
- Daun sup
- Gula
- Garam
Cara masak inti murtabak:
▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang yang dipotong dadu sehingga naik bau.
▶️ Kemudian masukkan rempah kari dan sedikit air supaya berair sikit dan mudah untuk digaulkan. Tumiskan rempah ni sehingga pecah minyak.
▶️ Masukkan ayam atau daging cincang dan juga kentang.
▶️ Lepas tu masukkan air paras-paras bahan yang dimasak. Masak sehingga empuk. Tapi jangan masukkan air terlampau banyak sebab takut lembik pula.
▶️ Masukkan garam dan gula, dan masak sehingga kering.
▶️ Dah siap, padamkan api.
Cara masukkan inti dan buat murtabak:
▶️ Mula-mula pecahkan 2 biji telur, dan masukkan garam. Pukul sehingga telur hancur.
▶️ Kemudian masukkan bahan inti yang dimasak tadi ke dalam telur ni. Masukkan juga daun sup dan daun bawang. Kacau sehingga sebati.
▶️ Sendukkan sikit adunan dan tuangkan perlahan-lahan atas kulit popia. Ikut banyak mana inti anda nak. Tapi biarlah bersesuaian. Takut banyak sangat nanti bocor pula.
▶️ Kemudian balutkan dengan kulit popia.
▶️ Panaskan kuali leper atau pan, letakkan minyak sikit, dan terus goreng.
▶️ Dah masak dan warna keperangan, boleh angkat.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Lontong Sedap Versi Hari Raya. Sedap Sangat Hirup Kuah Sampai Licin.
Mudah je kan. Ikut je cara buat murtabak sedap dan mudah dari perkongsian resepi ni. Tak pening nak buat murtabak dah lepas ni. Gunakan kulit popia je. Lebih cepat, malah sedap juga.
Bulan Ramadhan ni bolehlah kurang berbelanja sikit dengan buat makanan sendiri terutama murtabak ni. Bukan je sedap, malah jimat. Buat buat untuk sekeluarga. Selamat mencuba!