Siapa kat sini kalau goreng pisang je selalu gagal? Kadang-kadang rasa give up bila goreng pisang lembik, berminyak atau keras. Ada tu dah banyak kali cuba goreng pisang, tapi masih gagal nak dapat hasil yang rangup dan sedap. Apa kata jom cuba resepi goreng pisang rangup yang dikongsikan oleh Azizi Zamani ni.
Setelah sekian lama percubaan goreng pisang, mana tahu resepi ni yang menjadi, rangup dan sedap. Lepas ni tak risau dah nak goreng pisang untuk suami dan ibu bapa mertua. Lihat hasil goreng pisang ni nampak cantik gorengan warna dan kulitnya.
Goreng pisang ni kalau dah pandai buat bancuhan dia tu, mudah je kalau nak goreng benda lain. Boleh goreng dengan segala jenis pisang, atau buah-buahan lain seperti sukun atau cempedak goreng. Semua ni boleh guna bancuhan yang sama.
Rupa-rupanya nak kan gorengan yang garing krup krap tu, bukan sahaja gunakan tepung gandum semata-mata, malah masukkan juga sedikit tepung beras.
Apa yang menariknya resepi ni, ada juga dimasukkan butter atau marjerin. Mungkin untuk berikan rasa yang lebih sedap dan wangi. Jom lihat cara bancuhannya.
RESEPI GORENG PISANG RANGUP DAN SEDAP
Cara nak bancuhkan bahan-bahan ni boleh sama ada nak gunakan tangan atau kisarkan je untuk lebih mudah. Ikut cara mana yang anda suka.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Air 450 ml
- Tepung gandum 2 cawan
- Tepung beras 4 sudu besar
- Butter atau marjerin 4 sudu besar
- Garam 1 sudu kecil
- Serbuk kunyit 1 sudu kecil
- Pisang (apa-apa pisang yang anda nak goreng)
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaannya:
▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan ni ke dalam blender kecuali pisang.
▶️ Dan kisarkan sehingga sebati dan tak berketul.
▶️ Kalau gunakan tangan, sebatikan dengan cara gaul dan picit-picitkan tepung dalam bancuhan supaya tepung hancur sepenuhnya dan tak berketul.
▶️ Pisang boleh potong ikut saiz yang sesuai. Jangan potong terlampau tebal.
▶️ Masukkan pisang ke dalam mangkuk bancuhan. Gaul sekata dan pastikan semua pisang diselaputi bancuhan tepung keseleruhannya.
▶️ Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan pisang.
▶️ Kemudian goreng pisang sehingga warna keperangan.
▶️ Dah garing, boleh angkat dan toskan.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cucur Udang Sedap Dan Rangup Disalut Dengan Kulit Popia. Rasanya Lebih Enak Dan Krup Krap!
Kalau hidang waktu petang-petang dengan teh’o atau kopi panas memang cukup menyelerakan. Nak lagi sedap, buat kuah kicap manis dan pedas untuk membangkitkan lagi selera.
Makan pisang goreng buat sendiri ni lagi puas dari beli kat kedai. Kadang-kadang beli kat kedai tu tepung je lebih tapi pisangnya dipotong kecil. Dan harga pula mahal. Berbaloi goreng sendiri. Lepas ni nak goreng pisang bolehlah ikut resepi ni. Selamat mencuba!