pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Laksa Pangkor Sedap Dan Padu. Sekali Rasa Memang Tak Boleh Lupa!

0 4,721

Sekali pandang, kecur air liur tengok gambar mee laksa pangkor ni kan. Bagi yang tak biasa makan, jom saya bawakan resepi mee atau laksa pangkor yang terkenal dalam kalangan orang Perak ni, terutamanya di kawasan Lumut dan Pantai Remis.

Kalau terhidang atas meja, memang tak menahan. Mee pangkor ni nampak sangat istimewa sebab hidangannya terdiri dari kuah, sayur dan juga sambal yang menangkap selera. Memang berbeza dengan resepi laksa yang biasa kita makan di tempat lain.

Keunikan rasa laksa pangkor ni ialah pada kuahnya yang seakan-akan sup. Biasanya dimasak dengan pelbagai lauk mengikut citarasa. Ada yang masak dengan ikan, dan ada juga dimasak dengan ketam atau udang.

Bila dah semakin ramai suka hidangan ni, cara penyediaan pun dah berbeza mengikut selera masing-masing. Ada yang campurkan pelbagai bahan lain dalam sup untuk menaikkan lagi rasa, contohnya fishcakes dan fishball.

Untuk mee nya pula dipanggil mee laksa. Bagi yang tak biasa tu, mee ni juga dikenali sebagai laksa kering. Resepi ni dikongsikan oleh Lina Alias. Sedap sangat hidangan ni. Rugi kalau anda tak cuba.

 

RESEPI MEE LAKSA PANGKOR SEDAP DAN PADU

Kalau buat mee laksa pangkor ni, yang buatkan ‘kick’nya ialah sambal. Terpulang pada anda nak masak bagaimana untuk hidangan sambal ni. Untuk resepi ni, sambalnya dibuat masak udang.

Bagi supnya pula, ianya dimasak dengan ikan kembung. Kalau lihat bahannya, memang kuah sup ni sangat simple dan ringkas. Apa yang menarik, walaupun bahan simple, kuahnya sedap dan wangi sebab ada masukkan bawang garing yang ditumis darat.

Bahan-bahan:
Bahan A:
  • Mee laksa

 

Bahan B (kuah sup):
  • Ikan kembung (boleh juga kalau nak gantikan dengan ketam atau udang)
  • Daun sup
  • Bawang putih
  • Bawang merah

 

Bahan C (sayur):
  • Kacang panjang
  • Bawang putih

 

Bahan D (sambal):
  • Udang
  • Cili giling
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Belacan yang dibakar
  • Asam keping

Cara penyediaan kuah sup:

▶️ Mula-mula sediakan tumisan bawang dulu. Caranya, masukkan sikit minyak dalam kuali dan tumis darat bawang putih yang diketuk dan juga bawang merah yang dihiris.

▶️ Tumis sehingga garing, kemudian ketepikan untuk masuk dalam kuah sup nanti.

▶️ Rebuskan ikan kembung dengan asam keping dan garam.

▶️ Angkat ikan perisi dan ambil isi ikan (terpulang kalau nak letak sekor ikan yang dipotong dua) dan letak semula dalam rebusan tadi.

▶️ Bila dah mendidih, masukkan bawang yang ditumis darat tadi. Dan masukkan sekali daun sup.

▶️ Perasakan dengan sikit garam dan gula.

▶️ Dah siap kuah ala-ala sup ikan kembung.

▶️ Sekarang sediakan sayuran dan sambal pula.

Cara penyediaan sayur:

▶️ Potong kacang panjang halus-halus.

▶️ Kemudian panaskan minyak sedikit dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk.

▶️ Masukkan kacang panjang dan sedikit garam dan goreng sekejap jangan sampai terlampau layu.

▶️ Dah siap.

 

Cara penyediaan sambal:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili yang dah dikisar.

▶️ Tumis cili sehingga garing.

▶️ Selepas tu masukkan bawang putih yang dibelah 2.

▶️ Bila sambal hampir masak, penyek-penyekkan bawang putih supaya bertambah naik aromanya.

▶️ Masukkan belacan sikit yang dah siap dibakar dan juga asam keping.

▶️ Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Dah masak udang terus padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan dengan mee, kuah sup dan juga sayuran simple tadi.

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Johor Yang Paling Sedap. Bagi Yang Gilakan Laksa Johor, Wajib Cuba Resepi Ni!

 

Jangan lupa. Mee laksa perlu direbus dulu. Nanti terus dihidangkan bersama. Sedapnya kalau makan mee laksa pangkor ni, lagi-lagi kuah sup masih panas. Buat hidangan minum petang memang berselera.

Kalau ikutkan, kebanyakan resepi mee laksa pangkor yang diolah ada banyak bahan tambahan lain. Resepi ni antara yang paling simple. Namun rasanya masih sedap dan menyelerakan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.