Siapa kat sini dah lama teringin nak buat donut sendiri? Selalunya beli je kan. Yelah, donut ni antara kuih yang paling kita risau bila buat tak jadi gebu dan lembut macam yang selalu beli. Banyak dah jumpa resepi donut lembut dan gebu yang orang kongsikan.
Tapi resepi dari Puan Eha ni lain dari yang lain. Tak perlu uli tepung boleh dapat hasil donut yang lembut dan gebu macam kedai bakery. Memang tak perlu uli dengan tangan mahupun bread maker. Cuma kalau anda nak buat resepi ni kena bersabar sikitlah.
Sebab perlu perap adunan selama 6-8 jam. Mungkin kalau anda nak buat pagi ni, malam semalam tu dah kena perap adunannya. Tak perlu lenguh-lenguh tangan menguli.
Walaupun tanpa uli, serius hasil donut ni tak akan mengecewakan. Sekali gigit terasa lembut, sedap dan kekal gebu sampai ke petang. Kalau goreng sekuali mau cepat habis ni.
Nak lebih menarik boleh buat saiz besar dan salutkan dengan snow powder. Dah nampak macam donut yang selalu dijual kat bakery tu. Rasa macam donut mahal. Jom lihat apa rahsia bahan resepi ni.
RESEPI DONUT LEMBUT GEBU
Semua tau kalau nak buat donut ni kena pastikan doh diuli sampai adunannya jadi elastik. Kalau tak elastik memang tak menjadi. Selalunya memang lenguh kalau uli dengan tangan. Kalau ada bread maker bolehlah. Jadi, boleh cuba resepi ni walaupun lama masanya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 250 gram tepung HP
- 1 biji kuning telur
- 30 gram gula
- 130 ml air sejuk
- 1 sudu besar yis
- Garam
- 30 gram marjerin
Cara buat donut lembut gebu:
▶️ Mula-mula satukan tepung HP, kuning telur, gula dan air sejuk.
▶️ Gaulkan sebati dan biarkan selama 6 ke 8 jam.
▶️ Jangan lupa tutupkan dengan kain. Masa ni adunan akan elastik sendiri.
▶️ Selepas 6 ke 8 jam, boleh buka kain untuk perap tadi.
▶️ Bancuhkan yis dengan air, kemudian masukkannya dalam adunan. Aduk sebati.
▶️ Lepas tu masukkan marjerin dan garam.
▶️ Gaul dan uli bagi sebati, dan biarkan kejap dalam 30 minit supaya yis bertindak balas.
▶️ Jangan lupa tutupkan juga dengan kain.
▶️ Kemudian dah boleh bentukkan ‘rounding’ macam biasa buat donut.
▶️ Masa tunggu sebelum goreng, letakkan donut atas baking paper yang ditaburkan tepung supaya tak melekat.
▶️ Kemudian goreng seperti biasa.
▶️ Dah goreng, salutkan dengan gula halus/snow powder.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Kuih Keria Sedap, Cantik Berkilat. Ada Tips Untuk Kuih Keria Yang Rangup Bila Makan.
Nampak menyelerakan hasil donut macam ni. Serius gebu dan lembut. Kalau orang tengok dah macam donut gebu dan besar yang biasa kita beli kat kedai bakery tu.
Anak-anak mesti suka. Kalau anda nak salutkan dengan topping lain pun boleh. Terpulang nak hidangkan macam mana. Biasanya kalau nak menarik lagi boleh curahkan topping coklat leleh.
Mudah je kan cara buatnya sebenarnya. Cuma masa je agak lama sebab kena tunggu adunan diperap dulu. Tapi hasilnya puas hati dapat donut yang lembut dan gebu. Jangan lupa mencubanya.