pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Basong Kukus. Sedap Dan Wangi Dengan Aroma Pandan. Mudah Je Bahannya!

0 12,521

Pernah tak anda makan kuih basong? Kuih basong ni kuih tradisional Sarawak. Kalau di Semenanjung banyak terdapat di Pantai Timur. Walaupun jarang dilihat, tapi sebenarnya cara buatnya mudah je. Resepi kuih basong ni hanya perlu kukus.

Bahan yang gunakan pun ringkas dan semuanya bahan yang biasa digunakan untuk buat kuih tradisional. Memang sedap dengan rasa lemak dan aroma wangi pandan. Tambahan lagi dikukus dalam kelongsong daun pisang.

Cuma untuk buat kuih basong ni kena pandai balutkan kelongsong kemas-kemas supaya mudah untuk masukkan kelongsong secara menegak dalam periuk kukus.

Sekali dah masak, cantik terbentuk kuihnya. Kalau nak gambarkan rasanya, lebih kurang seperti kuih tepung pelita sebab ada aroma pandan dan dimasak dalam daun pisang.

Cuma bezanya kuih tepung pelita ada 2 lapisan iaitu bahagian tepung dan juga bahagian lapisan pandan. Untuk kuih basong ni, tepung dan juga perisa pandannya disebatikan dalam satu bancuhan.

 

RESEPI KUIH BASONG KUKUS SEDAP DAN WANGI

Kuih ni gunakan tepung beras. Jadi lepas masak, teksturnya akan jadi lembut dan kenyal menjadikan kuihnya cantik terbentuk lepas dikukus. Bukan setakat sedap, malah mudah untuk dihidangkan. Jom lihat perkongsian resepi dari Jee Yai Baie ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung beras 1 bungkus
  • Jus pandan 1000 ml (kisarkan daun pandan dan tapiskan airnya)

  • Gula apong 250 gram (boleh tambah jika mahu)
  • Gula pasir 1 cawan
  • Air kapor 1 sudu besar
  • Pandan paste 1 sudu besar (optional)
  • Santan pekat 2 liter (didihkan)

Cara buat kuih basong:

▶️ Sebelum buat adunan kuih, sediakan dulu kelongsong basong. Potong daun pisang ikut saiz yang sesuai dan layurkan atas api.

▶️ Gulungkan bentuk membulat dan bahagian hujungnya dibuat runcing. Kemudian staple.

▶️ Kemudian boleh bancuhkan adunan kuih pula.

▶️ Mula-mula cairkan dulu gula apong. Caranya, larutkan ia dengan 500 ml jus pandan, kemudian tapiskan.

▶️ Kemudian dalam 1 besen/mangkuk, satukan tepung beras, jus pandan dan air gula apong tadi. Gaulkannya sekata sehingga tak ada berketul-ketul.

▶️ Masukkan 2 liter santan mendidih ke dalam adunan tepung beras ni. Sambil tuangkannya, sambil tu gaul sehingga adunan jadi likat.

▶️ Kemudian masukkan gula pasir, air kapor dan juga pandan paste. Gaul sekata.

▶️ Panaskan air pengukus siap-siap.

▶️ Sambil tu susunkan kelongsong basong dalam lubang periuk kukus.

▶️ Dan tuangkan adunan ke dalam kelongsong paras penuh.

▶️ Kemudian masakkan dalam periuk pengukus dalam 15 minit dengan api yang sederhana.

▶️ Selepas 15 minit, buka penutup pengukus sekejap dan tutupnya semula.

▶️ Dan kukusnya lagi 5 minit. Lepas tu buka balik penutup.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Koci Lemak Manis, Sedap Dan Lembut. Resepi Paling Simple Dan Mudah Je Cara Buatnya!

 

▶️ Lakukan proses buka dan tutup penutup ni sampai cukup masanya selama ½ jam dikukus atas dapur.

▶️ Dah cukup ½ jam, boleh angkat.

▶️ Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Lepas je masak boleh bau semerbak wangi kuih basong ni. Sedap sangat buat hidangan minum petang dengan rasa lemak-lemak manisnya tu.

Kalau balik ke kampung nanti, boleh buatkan untuk ibu ayah di kampung. Nak buatnya pun mudah dan ringkas je bahannya. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.