Warning: fopen(/tmp/86bbd73704964c6630d18d184c43e52c-gGQil1.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/86bbd73704964c6630d18d184c43e52c-gGQil1.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Bawang Versi Sabah. Rangup Dan Enak! Cara Buat Paling Mudah.

0 8,911

Bila tengok rupa sekali pandang macam keropok ikan. Tapi yang ini sebenarnya kuih bawang atau dipanggil juga kerepek bawang. Selalunya masa hari raya, kita tengok kerepek bawang yang dihidangkan berlainan sikit rupanya dari yang ini. Mungkin lain tempat lain cara buatnya.

Untuk kali ni saya nak kongsikan resepi kuih bawang versi Sabah yang dikongsikan oleh Nina Hamid ni. Kuih ni enak dimakan rangup-rangup dan rasanya sedap dek bawang dan daun sup yang wangi. Kalau buat sebalang, mau cepat habis sebab ralit mengunyah tanpa henti.

Selalu kalau makan kuih atau kerepek rangup ni, biasanya yang berperisa ikan, udang dan sebagainya. Bila bahan asasnya bawang dan daun bawang/sup, pasti rasanya unik dan lebih menangkap. Lagi-lagi kalau daun sup atau daun bawang tu dimasukkan lebih. Mesti kuat aromanya.

Kalau tengok bahan-bahannya, sikit je sebenarnya yang diperlukan. Sangat ringkas cara membuatnya. Bolehlah buat sekali banyak kerepek bawang homemade ni. Puas makan kalau jadikan snek atau makanan santai untuk anak-anak.

Raya kali ni kalau tak ada idea nak buat kerepek apa, bolehlah buat kuih bawang versi Sabah ni untuk santapan keluarga dan tetamu.

 

RESEPI KUIH BAWANG VERSI SABAH

Selain bahan asas bawang, daun bawang dan sup, dalam adunannya nanti pun akan dimasukkan udang kering sedikit. Udang kering ni menaikkan lagi rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 1 kilo
  • Planta 1 tin kecil (250 gram)
  • Bawang merah 5-6 biji
  • Udang kering (ikut citarasa nak letak banyak mana. Lagi banyak lagi sedap)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Telur 1 biji
  • Santan pekat sedikit
  • Garam dan aji secukup rasa

 

Cara buat kuih bawang versi sabah:

▶️ Mula-mula cincang halus bawang merah, daun bawang dan daun sup. Ketepikan.

▶️ Kemudian ayak tepung, dan masukkan garam dan aji ke dalamnya. Gaul sehingga sebati.

▶️ Seterusnya masukkan bahan yang dicincang tadi ke dalam tepung dan gaulkan sehingga sekata.

▶️ Kemudian masukkan pula telur, sedikit santan dan juga planta. Gaulkan sehingga semua bahan-bahan ni betul-betul sebati.

▶️ Adunannya biarlah seperti membuat kuih kering. Selepas tu canaikan adunan menggunakan pengguling sehingga nipis.

▶️ Kemudian gulungkan. Buat sebanyak mana gulungan dapat sampai adunan habis.

▶️ Potong nipis dan goreng dalam minyak panas yang banyak.

▶️ Dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

▶️ Bolehlah masukkan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA: Cara Buat Keropok Lekor Sedap Dan Lembut. Mudah Je Bahan Yang Digunakan Rupanya!

 

Bila buat sendiri kuih bawang versi sabah ni, macam-macam bentuk boleh dibuat. Ada yang buat kuih bawang ni dengan cara potong  adunan menggulung dan terus goreng. Ada juga dalam bentuk petak. Ikut suka anda untuk bentukkannya.

Yang penting rasanya sedap dan rangup. Makan macam tu je pun dah sedap. Namun kalau anda nak cicahkan dengan sos manis, sos pedas atau sos Thai, boleh hidangkan ikut citarasa masing-masing. Lepas ni bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.