https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh. Antara Kuih Legend Kegemaran! Rugi Tak Cuba.

0 11,449

Kalau dulu masa kecil-kecil, selalu tengok wan buat kuih koci ni di kampung. Tapi masa tu tak terfikir nak belajar buat kuih ni sendiri. Hanya tau makan je. Sekarang jarang dah nampak orang buat kuih koci pulut hitam ni. Mujur jumpa resepi yang dikongsikan oleh Lind Razak ni.

Menggamit kenangan bila tengok cara buat kuih legend ni. Antara kuih yang buatkan kita tak puas makan seketul je. Lagi-lagi ada kuah santan leleh yang masin-masin lemak tu. Kalau sekarang nak beli pun mahal orang jual. Tak larat nak beli dengan harga RM5 untuk 6 ketul kuih je.

Kuih ni istimewanya sebab doh tepungnya yang lembut kenyal berintikan kelapa manis. Dan kemudian disaluti dengan santan leleh yang dikukus dalam daun pisang. Tak tau nak cakap macam mana rasa nikmatnya rasa kuih dulu-dulu.

Cara buat kuih koci ni tidaklah sesukar mana. Cuma kena ada penyediaan 3 bahan utama iaitu doh tepung, inti dan kuah santan. Walaupun 3 benda perlu dibuat, tapi stepnya tak susah dan berbaloi dengan rasanya yang sedap.

Cuma kena rajin sikitlah mencari daun pisang yang segar dan cantik supaya kuih nanti mudah untuk dibalut dan juga cantik terhidang.

 

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM LELEH

Beruntungnya buat sendiri kuih ni sebab dapat buat sekali banyak dan puas dapat makan sekeluarga. Kalau ikut sukatan resepi ni, boleh dapat dalam 20-25 biji kuih koci.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk doh tepung:
  • Tepung pulut 250 gram
  • Tepung pulut hitam ½ cawan
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Garam secubit
  • Santan kotak 100 gram
  • Air 1 ½ cawan (boleh agak-agak. Jangan terlebih)

 

Bahan untuk inti:
  • Kelapa parut putih basah 1 biji (yang tak terlalu tua)
  • Gula melaka 1 ketul
  • Gula pasir 1 cawan
  • Daun pandan 2 helai disimpul
  • Air ½ cawan

 

Bahan untuk kuah santan:
  • Tepung beras 3 sudu besar
  • Santan kotak 200 gram
  • Air 2 cawan
  • Garam secubit

 

Bahan lain:
  • Daun pisang secukupnya. Bersihkan dulu kemudian layurkan atas dapur sehingga lembut. Potong saiz 5×5 inci.
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat kuih koci pulut hitam:

Mula-mula buat inti dan kuah santannya dulu supaya nanti boleh terus masukkan ke dalam doh tepung dan balut dengan daun pisang.

 

Cara buat inti:

▶️ Parut kelapa untuk bahagian putihnya sahaja. Ketepikan.

▶️ Kemudian sediakan periuk. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil-kecil bersama dengan gula pasir dan air.

▶️ Pasangkan api. Dan masaknya sehingga gula mula hancur dan larut.

▶️ Lepas dah larut, tapiskan air gula ni dan masukkan ke dalam kuali.

▶️ Dalam kuali nanti, masukkan kelapa parut dan juga daun pandan yang dah disimpul.

▶️ Terus kacau dan masak sehingga inti agak kering sedikit.

▶️ Lepas tu boleh angkat dan sejukkan.

 

Cara buat kuah santan:

▶️ Satukan tepung beras, santan, air dan garam ke dalam periuk.

▶️ Tenggekkan atas dapur dan kacau sehingga sebati menggunakan api yang perlahan.

▶️ Kacaunya sehingga pekat dan mendidih.

▶️ Dah siap, tutup api dan ketepikan.

 

Cara buat doh tepung:

▶️ Sediakan satu bekas atau besen.

▶️ Satukan tepung pulut, tepung pulut hitam dan tepung gandum.

▶️ Kemudian tuang santan dan air sikit demi sikit sambil gaulkan adunan.

▶️ Gaulkan sehingga adunan lembut tak melekat di tangan dan juga besen.

▶️ Dah siap, boleh ketepikan.

 

Untuk buat kuih koci:

▶️ Didihkan air dalam periuk.

▶️ Sambil air tengah dididihkan, ambil adunan tepung dalam 27 gram dan leperkan.

▶️ Letakkan inti dalam sesudu atau 13 gram, lepas tu tutup adunan tepung dan bulatkannya.

▶️ Buat sehingga habis adunan.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih tadi dan rebuskan sehingga kuih terapung di permukaan air.

▶️ Dah terapung, boleh angkat dan masukkan dalam kuah santan.

▶️ Gaul-gaulkan dengan santan.

▶️ Kemudian cedokkan dengan sudu dan letakkan atas daun pisang yang disapukan sedikit minyak.

▶️ Cedok kuih tu pastikan cedok kuah santan sekali.

▶️ Kemudian balut atau lipat seperti balut nasi lemak.

▶️ Bila dah siap, boleh masukkan dalam pengukus dan kukus sekejap dalam 7 minit untuk naikkan lagi aroma daun pisang.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Pulut Inti Kelapa Manis. Sedap Berlemak Dan Wangi Dalam Daun Pisang.

 

Sekali suap masuk mulut je ni bila makan kuih koci ni. Gabungan rasa manis dan masin tu buatkan rasanya betul-betul sedap.

Kalau makan waktu panas-panas lepas dikukus tu paling nikmat sekali rasanya. Sebab rasa kuah santan yang masih panas dan cair-cair pekat tu menaikkan lagi rasa.

Bolehlah lepas ni kalau teragak nak makan kuih koci pulut hitam ni, buat sendiri je. Boleh makan sampai puas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.