Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Goreng Cili Padi Simple Dan Sedap. Makan Confirm Bertambah!

0 11,801

Masakan berasas ayam lagi! Biasalah, ayam ni memang dikatakan makanan wajib tiap minggu tak kira buat masakan apa pun. Bagi orang dewasa atau kanak-kanak, ayam ni memang antara makanan kegemaran. Kali ni jom cuba resepi ayam goreng cili padi pula, antara juadah simple dan sedap.

Biasanya masakan cili padi ni orang panggil sambal berlada. Tapi resepi ni ada perbezaan sikit pada beberapa jenis bahan. Dan rasanya lebih sedap dan wangi beraroma. Resepi yang sedap dan lain dari lain ni dikongsikan oleh Nurul Ateekah.

Bagi yang memang gilakan pedas, masakan ni kira menu ‘kick’ yang anda boleh cuba. Letakkan cili padi lebih sikit ikut citarasa. Tapi jangan terlampau melebihi pula. Takut sampai perut meragam pula.

Yang membuatkan wangi masakan ni ialah serai dan batang daun ketumbar yang ditumiskan sekali. Memang menusuk rasa dia bila ditumis bersama, lagi-lagi sambalnya tu dimasak garing.

Itu yang buatkan sedap bila digaulkan dengan nasi. Nak lagi nikmat, ayam tu syaratnya jangan digoreng terlampu garing sampai keras kulitnya. Cukup sekadar garing sedikit dan lembut-lembut juicy isinya.

 

RESEPI AYAM GORENG CILI PADI

Masakan ni boleh jadi menu segera sebab penyediaannya cepat dan senang. Kalau ibu-ibu jenis bekerja yang pulang lambat, bolehlah buat ayam goreng cili padi ni untuk juadah makan malam. Campak-campak je dah siap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 1 ekor (dibelah 10)
  • Serbuk kunyit (untuk lumurkan pada ayam)
  • Serai 1 batang (diketuk)
  • Daun kunyit 1 helai (dihiris)
  • Daun ketumbar 1 tangkai (akar sahaja)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

 

Bahan kisar:
  • Cili padi hijau 20 batang
  • Cili padi merah 7 batang
  • Bawang merah 2-3 biji
  • Bawang putih 3 ulas

Cara masak ayam goreng cili padi:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam, kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.

▶️ Gorengkan ayam ni sehingga garing juicy. Jangan terlampau garing sangat, lepas tu angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Ambil sikit minyak goreng ayam tadi dalam 6 sudu, kemudian tumiskan serai dahulu sampai naik bau.

▶️ Lepas tu, masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis seketika.

▶️ Masukkan pula akar daun ketumbar dan daun kunyit yang dihiris tadi.

▶️ Biarkan sekejap sehingga sebati.

▶️ Dan akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶️ Lepas dah betul-betul garing sambal tu, masukkan ayam yang digoreng tadi.

▶️ Kacaukan sekata, dan boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin. Simple Dan Sedap Sangat Sampai Suami Puji!

 

Sedia dihidangkan dengan nasi panas-panas. Bayangkan lauk yang pedas ni dimakan dengan nasi panas, memang padu rasa dia. Kalau nak makan lauk ni je tanpa lauk lain pun dah cukup sedap.

Tapi mungkin nak lagi sedap boleh makan dengan sayur atau ulaman seperti timun, kacang panjang dan macam-macam lagi. Pelengkap juadah orang kata! Lepas ni jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.