Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ketam Masak Cili Api. Kuah Berlemak Dan Manis Sedap Dihirup. Mudah je!

0 922

Masak lemak cili api ni antara masakan bersantan yang paling senang nak dimasak. Bahannya sangat ringkas. Orang Negeri Sembilan kadang-kadang panggil gulai kuning. Kali ni jom saya bawakan resepi ketam masak cili api yang pasti buat anda terliur.

Ketam ni keistimewaannya seperti seafood lain juga. Kalau masak dalam kuah lemak, manis air ketam tu akan keluar dan sebati dengan kuah. Itu buatkan kuah rasa manis dan bertambah sedap. Memang puas makan lagi-lagi kalau ketam betina yang banyak isinya.

Resepi ketam masak cili api yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin ni bukanlah resepi dari Negeri Sembilan sebab ada dimasukkan bawang. Tapi resepinya antara resepi yang sedap dan ada aromanya tersendiri.

Kalau gaulkan kuahnya dengan nasi putih panas, memang cukup enak. Tak perlu makan dengan lauk lain lagi dah.

Orang kata kalau nak masak ketam berkuah lemak ni, eloklah kalau buat kuahnya banyak-banyak sebab rugi kalau tak menikmati rasa air ketam yang sedap dan manis. Jom lihat cara memasaknya.

 

RESEPI KETAM CILI API

Kalau buat kuahnya ada rasa pedas sikit lagi sedap untuk dinikmati. Kebanyakan orang Negeri Sembilan buat ketam masak lemak cili api ni, ada dicampurkannya dengan nenas atau pun pucuk ubi. Namun kalau buat resepi rigkas ni pun dah cukup enak.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
  • Bawang merah 1 ½ biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 1 cm
  • Cili api 7 biji (kalau nak pedas boleh masukkan lebih)
  • Serbuk kunyit ½ sudu makan atau kunyit hidup sebesar ibu jari

 

Bahan lain:
  • Ketam 10 ekor
  • Serai 1 batang diketuk
  • Daun kunyit 2 helai dihiris
  • Santan 1 kotak kecil
  • Asam keping 2 keping
  • Garam secukup rasa dan Maggi cukup rasa

Cara masak ketam masak lemak cili api:

▶️ Mula-mula siang dan cuci bersih ketam. Ketepikan.

▶️ Kisar kesemua bahan kisar sehingga halus. Kalau nak kisar kasar pun boleh.

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumiskannya sehingga mendidih.

▶️ Lepas tu boleh terus masukkan ketam.

▶️ Dalam pada tu masukkan juga asam keping dan juga sedikit air. Kemudian kacau sehingga sebati.

▶️ Untuk masakkan ketam, tutup kuali dan biarkan sekejap dalam 5-10 minit.

 

BACA JUGA: Resepi Labu Masak Lemak Campur Udang. Masakan Kampung Yang Serius Sedap!

 

▶️ Dan akhir sekali masukkan santan. Perlahankan api dan kacau kuahnya agar santan tak pecah.

▶️ Perasakan dengan garam dan Maggi cukup rasa.

▶️ Masak dalam 10 minit lagi, kemudian dah boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak lagi sedap dan ada penambahan bahan, boleh masukkan lobak merah atau tomato. Lepas tu taburkan atasnya dengan sedikit hirisan daun kunyit. Barulah bertambah selera untuk menikmatinya.

Enak dimakan dengan nasi. Malah sedap juga kalau dapat diratah sambil hirup kuah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.