Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa. Mudah Guna Sukatan Cawan. Tips Hasil Kuih Cantik!

0 30,837

Jangan keliru ya antara kuih peneram dan kuih penyaram. Bukan nama je lebih kurang sama, warna dan rasa pun hampir sama juga sebab kedua-dua kuih ni berasaskan gula merah. Tapi rupa dan bentuk jauh beza. Yang membezakannya ialah bahan santan yang ada dalam resepi kuih penyaram.

Sebab tulah rasa lebih berlemak dan lembut teksturnya berbandung kuih peneram. Tak silap kuih penyaram ni berasal dari sabah dan terkenal dalam kalangan kaum bajau. Tapi di semenanjung memang dah dikenali sampai selalu sangat dibuat musim bulan puasa kat kampung dulu.

Kuih penyaram ni bukannya takat boleh dibuat dengan gula merah je, ada juga yang buat dengan air daun pandan untuk rasa yang berbeza. Tapi jarang orang buat perisa pandan.

Kalau perasan kuih ni nampak cantik bentuknya dan licin berkilat kan? Antara tips untuk dapatkan hasil kuih menarik macam ni, adunan kuih perlu disimpan semalaman. Boleh simpan dalam peti sejuk.

Mudah dan ringkas je bahan untuk membuatnya. Kalau anda nak cuba, jom lihat perkongsian resepi dari Norhamah Said. Tengok hasil kuihnya memang rasa rugi tak cuba.

 

RESEPI KUIH PENYARAM

Untuk bahan gula merah, sebelum masukkan dalam adunan perlu masak atas dapur dengan sedikit air dulu sehingga gula melarut. Nanti tak ada lah berketul dan lebih mudah untuk sebati dengan adunan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan gula merah (masak dengan sikit air sampai larut)
  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula putih
  • 100 ml santan
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat kuih penyaram:

▶️ Sediakan bekas yang sesuai untuk adunan.

▶️ Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih dan santan ke dalam bekas dan gaul sebati.

▶️ Masak gula merah atas dapur. Lepas melarut sepenuhnya, sejukkan sekejap.

▶️ Kemudian masukkan dalam adunan tadi dan gaul sebati.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati dan tak berketul.

▶️ Pastikan adunan tak terlalu cair.

▶️ Kalau nak hasil kuih cantik, buat bancuhan malam tu dan simpan dalam peti sejuk.

▶️ Esoknya, panaskan minyak dalam kuali dan sedia untuk digoreng.

▶️ Cara menggorengnya, sendukkan adunan pakai senduk bulat, dan tuang atas kuali secara menegak dan perlahan-lahan.

▶️ Biarkan adunan turun ke dalam minyak sikit-sikit sampai adunan tu membulat sendiri dalam kuali.

▶️ Biarkan sekejap sampai aduan naik.

▶️Dan lepas tu boleh balik-balikkan.

▶️ Dah garing dan warna menjadi coklat gelap, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Peneram Lembut Di Dalam Rangup Di Luar. Perap Lagi Lama Lebih Sedap Dan Lembut!

 

Antara tips lain yang mungkin berguna pada anda ialah, jika kuih tak kembang masa menggoreng, boleh tambahkan sikit gula dalam adunan. Masukkanlah dalam 1-2 sudu makan dan kacau sebati.

Bancuhan adunan juga perlu dititik beratkan. Jangan terlampu cair atau terlampau pekat pula. Buat kuih ni mungkin mencabar sikit lagi-lagi bila nak masukkan adunan dalam kuali tu.

Tapi tak cuba mana tau kan. Resepi kuih penyaram yang ini boleh jadi panduan anda. Jangan lupa mecubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.