Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tqJAZC.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tqJAZC.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Permata Zamrud Sedap Dan Lemak Manis. Mudah Je, Guna Sukatan Cawan.

0 6,144

Kalau sebut kuih permata zamrud mesti ramai orang zaman sekarang tak berapa tahu. Kuih ni tak berapa terkenal macam kuih tradisional yang lain. Tapi sebenarnya kuih permata zamrud ni sedap dengan rasa lemak manisnya.

Rasanya ala-ala kuih koci sebab diperbuat daripada tepung, santan dan ada inti kelapa parut bersalut gula. Cumanya kuih koci dibalut dalam daun pisang. Kuih permata zamrud dibuat dalam acuan, dan rupanya bulat dan timbul seakan batu permata.

Bila nak buat kuih berasas tepung ni perlu betul sukatan bahan dan bancuhannya. Kalau anda nak cuba buat kuih ni, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan. Ikut sebiji-sebiji stepnya, insya Allah menjadi.

Hasil resepi ni cantik terbentuk kuihnya dengan tekstur yang lembut-lembut kenyal. Kadang-kadang ada yang buat adunan bewarna hijau di tengah tu tenggelam atau tak timbul dari adunan putih.

Kalau nak hasil yang cantik macam ni, bila nak bentukkan adunan bulat bewarna hijau tu pastikan saiznya besar dan sedang elok dimasukkan dalam acuan. Bila tuang adunan putih barulah timbul.

 

RESEPI KUIH PERMATA ZAMRUD SEDAP LEMAK MANIS

Untuk resepi ni boleh dapat dalam 22 biji kuih dengan gunakan acuan lompang. Mudah je nak buat kuih ni. Hanya menguli dan masakkan inti. Selepas tu kukus selama 10 minit je.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan adunan hijau:
  • Sedikit pewarna hijau
  • Tepung pulut ½ cawan
  • Sedikit air

Cara buat adunan hijau:

▶️ Masukkan bahan dalam mangkuk.

▶️ Dan bancuhkan dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh macam nak buat onde-onde. Ketepikan.

Bahan adunan putih:
  • Santan 2 cawan (Kara – campurkan dengan sikit air agar santan tak terlalu pekat)
  • Tepung beras ½ cawan
  • Tepung jagung 2 sudu makan
  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Garam

Cara buat adunan putih:

▶️ Satukan kesemua bahan.

▶️ Kemudian bancuh dan tapiskan.

▶️ Selepas dah bancuh dan tapis, masukkan dalam kuali.

▶️ Masukkan daun pandan dan panaskan sekejap je dalam 5 minit menggunakan api yang perlahan.

▶️ Dah siap, ketepikan.

Bahan inti kelapa:
  • Kelapa muda 1 cawan
  • Gula merah (agak-agak)
  • Sedikit air
  • Daun pandan

Cara masak inti kelapa:

▶️ Panaskan kuali dan masukkan air, gula merah dan daun pandan yang disimpul.

▶️ Kacau sebati sehingga gula hancur.

▶️ Kemudian masukkan kelapa parut dan gaulkan sehingga menjadi kering. Dah siap.

Cara buat kuih:

▶️ Sediakan acuan lompang yang disapukan minyak.

▶️ Buat adunan hijau bulat-bulat, kemudian tekankan. Kemudian masukkan inti dan tutup menjadi bulat semula.

▶️ Pastikan adunan hijau ni saiznya besar dan sedang elok dalam acuan.

▶️ Letakkan adunan hijau ni di tengah-tengah acuan.

▶️ Kemudian tuangkan adunan putih yang dah dipanaskan tadi.

▶️ Pastikan tuang adunan putih setengah acuan dan adunan hijau tu timbul.

▶️ Panaskan pengukus. Dan kukus kuih selama 10 minit.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dari pengukus.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Leleh. Antara Kuih Legend Kegemaran! Rugi tak Cuba.

 

Lepas keluarkan dari pengukus, tunggu sejuk dahulu. Barulah keluarkan kuih dari acuan. Sedap sangat kalau makan panas-panas baru lepas dikukus.

Mudah je kan nak buat kuih permata zamrud ni. Rasanya pun sedap. Kalau nak buat kuih koci perlu sediakan daun pisang pula kan.

Lepas ni kalau teragak kuih-kuih lemak manis, bolehlah buat kuih permata zamrud ni. Jangan lupa “share” kan resepi ni di FB anda. Nanti bila nak buat boleh rujuknya semula.

Leave A Reply

Your email address will not be published.