Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-W2MFeR.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-W2MFeR.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Paung Goreng Atau Jemput Sambal Terengganu. Lembut Dan Sedap Dengan Inti Ikan!

0 1,991

Anda pernah makan jemput sambal Terengganu? Nama pun jarang dengar kan? Orang Pantai Timur panggil paung goreng atau paung inti ikan. Bukan orang Terengganu mesti cuba hidangan ni. Paung goreng Terengganu ni ada inti ikan di dalamnya. Rasa istimewa!

Makan macam tu je cukup sedap. Makanan dari Terengganu ni memang tak lari dengan isi ikan. Bahan utama intinya ialah isi ikan selayang. Dimasak dengan santan yang menjadikan ianya sedap dan berperisa.

Itulah kelebihan paung goreng Terengganu. Juadah jemput-jemput minum petang pun boleh jadi sedap dan menyelerakan. Bahagian tepung pun sedap, rangup di luar dan lembut di dalam.

Resepi paung goreng Terengganu ni dikongsikan oleh Zaky Mat Ali. Apa yang penting ialah resepi ni mudah je. Cuma kena rajin sikit masak inti ikan sampai kering menjadi inti.

Sekali makan memang tak akan muak. Sedap sangat buat minum petang atau sarapan pagi dan hidangkan dengan kopi atau teh panas. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI PAUNG GORENG TERENGGANU

Selain nama paung goreng, ianya juga dipanggil kuih bom inti ikan. Kalau nak sedap menikmatinya inti kenalah padat dan kuih dimasak cantik membulat. Biasanya digoreng garing dan rangup barulah sedap.

Bahan-bahan kuih bom:
  • 80 gram tepung gandum
  • 500 gram tepung pulut
  • 5 sudu kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Cara buat kuih bom:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam mangkuk besar.

▶️ Masukkan air sikit demi sikit dan uli sehingga sebati dan menjadi doh tak melekat di tangan.

▶️ Ketepikan.

Bahan-bahan inti ikan/sambal:
  • 1 kilo ikan selayang
  • 200 ml santan
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 hiris asam keping
Cara buat inti:

▶️ Kukus ikan dahulu.

▶️ Kemudian asingkan isi ikan dari tulang.

▶️ Tumbuk isi ikan sehingga hancur.

▶️ Hiris halus bawang merah dan juga halia.

▶️ Satukan kesemua bahan dalam kuali dan masak sehingga sambal kering.

Cara buat paung goreng:

▶️ Ambil sedikit doh tepung tadi dan bulat-bulatkan.

▶️ Tekan menjadi leper, dan masukkan inti ikan.

▶️ Kemudian tutup semula dan bulat-bulatkan menjadi jemput-jemput.

▶️ Buat sehingga doh habis.

▶️ Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing keperangan.

▶️ Dah masak, angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BAVCA JUGA: Kuih Bom Lembut Gebu, Hanya 4 Bahan. Comel Bulat-Bulat. Senang Je Rupanya.

 

Ada sesetengah orang, bahan kuih bomnya tak ada dimasukkan kelapa parut. Cukup dengan tepung gandum dan tepung pulut serta garam.

Masa goreng kena hati-hati. Kuih ni adakalanya meletup semasa digoreng. Tapi berbaloi sebab sedap, lagi-lagi makan masa panas-panas baru lepas digoreng.

Nanti bolehlah cuba paung goreng Terengganu ni untuk hidangan minum petang anda. Sesekali ubah selera dari cucur biasa apa salahnya kan? Pasti suami anda suka! Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.