Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-EUAWVE.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-EUAWVE.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Dagang Sedap, Lembut Dan Wangi. Makan Dengan Gulai Ikan Tongkol Yang Padu.

0 7,162

Antara juadah makanan dari Pantai Timur, nasi dagang ni antara yang paling sedap dan digemari ramai. Sebab nasi dagang ni ada keunikan pada nasinya yang lembut, wangi dan berlemak. Lagi bertambah sedap bila dihidangkan dengan gulai ikan tongkol yang pekat dan padu.

Kalau di negeri lain selain Kelantan dan Terengganu, susah juga sebenarnya nak jumpa nasi dagang yang betul-betul sedap dan sama rasanya dengan resepi original. Mungkin lain orang lain pengalaman memasaknya.

Mujur terjumpa resepi dari mek Kelantan yang telah dikongsikan oleh Wan Rozita Ieta ni. Semangat sikit nak buat bila ikut resepi original kan. Tak dinafikan hidangan nasi dagang dan gulai ikan tongkolnya nampak sangat sedap dan menyelerakan.

Salah satu faktor hidangan nasi dagang ni sedap ialah disebabkan beras yang digunakan ialah beras wangi atau pun beras khas untuk nasi dagang tu sendiri. Kalau tak ada beras wangi pun boleh gunakan beras biasa yang dicampur sikit dengan beras pulut.

Lepas tu nasinya akan dimasak secara kukus. Sebab tu teksturnya lembut, sedap dan berlemak. Lebih-lebih lagi dihidangkan dengan lauk gulainya nanti, lagi bertambah menyelerakan.

 

RESEPI NASI DAGANG

Sebelum mula masak nasinya, beras perlu direndam dulu sebaiknya pada waktu malam sebelum nak masak untuk hari esoknya. Sekurang-kurangnya rendam selama 4 jam untuk nasi mudah kembang dan lembut nanti.

Bahan-bahannya:
  • Beras wangi 2 kilo (kalau gunakan beras biasa, campurkan dengan beras pulut. Nisbah beras biasa dan beras pulut ialah 3:1)

*Rendamkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam

Bahan untuk nasi:
  • Bawang merah
  • Halia
  • Halba
  • Santan (gunakan santan kotak pun okay. Untuk setiap 1 kilo beras, gunakan 1 kotak santan, kemudian campurkan air sebanyak 2 kotak menggunakan kotak yang sama)
  • Garam 2 sudu kecil untuk 1 kilo beras
  • Gula 5 sudu besar untuk 1 kilo beras

Cara masak nasi dagang:

▶️ Selepas dah rendam beras, toskannya dulu.

▶️ Kemudian kukus selama 20-30 minit.

▶️ Ini hasilnya lepas dah kukus 30 minit.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam nasi ni dan gaul sebati. Biarkan seketika.

▶️ Bila dah dicampurkan sekali, nanti adunan akan jadi double kuantiti.

▶️ Kemudian kukuskan buat kali kedua selama 20 minit.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk gulai ikan tongkol:
Bahan kukusan ikan:
  • Ikan aya (tongkol hitam)
  • Asam gelugur
  • Lengkuas
  • Garam
  • Cuka (untuk pejalkan isi ikan)

*Masukkan kesemua dalam periuk, dan kukus dengan lebihkan airnya

Bahan untuk masakan gulai:
  • Bahan kisar (bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas + kunyit)
  • Rempah gulai cap bunga ros 2 paket
  • Rempah masak cap bunga ros 1 paket

*Untuk rempah ni,  nisbahnya ialah 2:1

  • Cili boh
  • Nisan atau gula melaka
  • Asam gelugur
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Lada jarum
  • Minyak

Cara masak gulai ikan tongkol:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali/periuk.

▶️ Kemudian masukkan cili boh dan tumis sehingga garing.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.

▶️ Selepas pecah minyak, masukkan rempah gulai dan rempah masak. Gaul sebati.

▶️ Masukkan air rebusan ikan.

▶️ Kemudian masukkan nisan dan asam gelugur.

▶️ Masukkan pula ikan.

▶️ Masukkan santan dan juga air. Untuk santan dan air ni nisbahnya ialah 1:1. Bermakna, kalau 1 kotak santan, masukkan juga 1 kotak air.

▶️ Perasakan dengan garam dan aji. Renehkan kuah sekejap untuk lebih pekat dan berasa.

▶️ Boleh masukkan cili hijau beberapa biji sebagai hiasan.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

Bahan-bahan untuk acar:
  • Gula
  • Cuka Gara
  • Timun batang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Halia

*Semua bahan perlu dipotong dan dihiris nipis

Cara masak acar:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaulkan sebati.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Tips Masak Gulai Kuning Ikan Ayo (Tongkol) Sedap Dan Padu, Resepi Tradisi Orang Kelantan.

 

Hidangan nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol dan acar ni dah cukup sedap dan padu rasanya. Paling sedap kalau makan waktu panas-panas.

Bila tuangkan kuah gulai yang pekat pada nasi dagang yang lembut dan berlemak ni, setiap suapan terasa nikmatnya.

Bagi yang tak biasa masak atau makan nasi dagang, bolehlah cuba membuatnya hujung minggu nanti. Ikut resepi ni, pasti anda berpuas hati. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.