pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Tips Masak Gulai Kuning Ikan Ayo (Tongkol) Sedap Dan Padu, Resepi Tradisi Orang Kelantan.

0 13,105

Dalam banyak-banyak jenis ikan, ada antara kita yang tak biasa masak ikan ayo sebab ikan ni agak sukar untuk dimasak. Nama lainnya ialah ikan tongkol. Orang pantai timur memang panggil ikan ayo. Antara banyak-banyak masakan, paling sedap jika buat masak gulai kuning ikan ayo ni.

Kalau ikut resepi tradisi orang Kelantan, ada pelbagai cara masak gulai kuning ikan ayo ni. Dalam banyak-banyak resepi tu, agak tertarik dengan cara dan tips masakan yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi ni.

Menurutnya, salah satu cara untuk gulai kuning yang sedap ialah tumis segala bahannya yang dicampurkan dengan sedikit serbuk kari rempah timbang. Rempah kari inilah yang menaikkan lagi aromanya bila tumis sehingga betul-betul naik bau.

Kemudian baru dimasukkan santan, bahan-bahan kuah yang lain dan ikan. Kuah ni akan jadi semerbak dan rasa lebih padu.

Banyak lagi tips penting yang amat berguna yang dikongsikan dalam resepi ni. Dari cara masakan sehingga cara menghidangkannya. Anda boleh terus baca sampai habis.

 

RESEPI GULAI KUNING IKAN AYO / TONGKOL KELANTAN

Tips pertama untuk masak ikan ayo ni ialah rebus ikan lebih awal sekurang-kurangnya sehari. Ini bertujuan untuk pastikan isi ikan terasa lebih sedap sampai ke tulang.

Selepas tu pastikan air rebusan tak dibuang. Semasa masak gulai nanti, air rebusan ni akan dimasukkan sedikit ke dalam kuahnya.

Bahan-bahan rebusan ikan:
  • 1 ekor ikan tongkol kayu / ayo putih bersaiz besar XXL
  • Nise 2 keping saiz kecil
  • Lengkuas 3 hiris
  • Halia 2 hiris
  • Daun pandan 2 helai
  • Asam keping 2 keping
  • Garam bukit 2 sudu besar
  • Cuka 1 senduk kecil

Bahan gulai kuning:
  • Bawang merah saiz bola pingpong 2 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Lengkuas 4 hiris (lengkuas ni dimasukkan lebih sebab rasanya akan lebih sedap)
  • Cili kering kisar 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu besar
  • Serbuk rempah kari timbang ½ sudu besar
  • Santan pekat 1 kotal kecil
  • Air 1 cawan
  • Air asam jawa ¼ cawan
  • Nise atau gula melaka 1 keping kecil
  • Garam bukit
  • Gula putih / gula perang

Bahan tambahan:
  • Timun batang
  • Kacang panjang
  • Cili padi
  • Terung

Cara rebus ikan ayo:

▶️ Rebuskan ikan ayo sehari awal. Rebus ikan ni pun ada caranya untuk rasa yang lebih sedap, wangi dan pejal.

▶️ Bersihkan dulu ikan dari bau darah yang hanyir.

▶️ Masukkan ikan ke dalam periuk dan juga semua bahan lain.

▶️ Cuka ni berperanan untuk jadikan ikan lebih pejal.

▶️ Terus pasangkan api.

▶️ Tak perlu masukkan air sebab air ikan akan keluar dengan sendirinya. Ikan juga nanti tak akan mudah hancur.

▶️ Semasa merebus, tutup kuali dengan penutup dan gunakan api yang perlahan.

▶️ Rebuskan selama 45 minit.

▶️ Selepas 45 minit, buka penutup dan besarkan api untuk keringkan sedikit air ikan.

▶️ Keringkan selama 2 minit je.

▶️ Dah siap rebus ikan.

▶️ Biarkan sehari untuk rasa yang lebih mesra.

Cara masak gulai kuning ikan ayo:

▶️ Kisarkan bawang merah, bawang putih dan lungkuas sehingga lumat.

▶️ Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar tadi.

▶️ Tumiskannya sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kering kisar.

▶️ Masukkan pula serbuk kunyit dan gaulkan sebati.

▶️ Tips seterusnya yang penting ialah serbuk rempah kari ni. Masukkannya ke dalam bahan tumisan untuk aroma yang lebih semerbak.

▶️ Tumiskannya sampai pecah minyak dan cantik macam ni.

▶️ Seterusnya masukkan santan pekat diikuti dengan air dan juga air asam jawa.

▶️ Waktu ni masukkan juga sedikit air rebusan ikan yang kita rebus sehari sebelum tu.

▶️ Kemudian perasakan dengan nise, garam bukit dan juga gula putih atau gula perang secukup rasa.

▶️ Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus.

▶️ Biarkan kuah memekat. Dan lepas tu boleh masukkan terung dulu.

▶️ Kemudiannya diikuti dengan sayur yang lain.

▶️ Biarkan sekejap dalam 2-3 minit.

▶️ Dan boleh padamkan api.

▶️ Boleh lihat hasil gulai ikan ayo ni. Ikan cantik tak mudah hancur.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Gulai Ikan Termenung Utara. Mudah Hanya 5 Bahan Asas, Sedap Hirup Kuah Macam Tu Je.

 

Menurut tips orang Kelantan, untuk menghidangkannya pun ada cara juga. Untuk lebih sedap, bungkuskan nasi bersama dengan kuah gulai ni sekali dalam daun pisang selama ½ jam sebelum dihidangkan. Nanti rasa akan lebih sebati.

Boleh tambahkan hidangan lain seperti ayam goreng untuk rasa nikmat yang lebih sempurna. Selain tu, katanya kalau nak lebih sedap, masak gulai ni lebih awal contohnya waktu tengah malam. Esoknya hanya panaskan bila nak menjamu selera. Kuah akan lebih pekat dan sedap.

Lepas ni tak perlu risau dah nak cuba masak ikan ayo atau ikan tongkol ni. Boleh buat masak gulai kuning dan ikut je cara dan tips yang dikongsikan ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.