Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-jQ7G8M.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-jQ7G8M.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Pernah Makan Acar Rampai? Sedap Makan Dengan Nasi Berperisa Atau Nasi Putih. Mudah Je.

0 5,104

Acar rampai kenduri kawin antara yang sedap. Tapi rasa-rasanyanya jarang orang buat. Sesetengah tempat je ada. Makan acar rampai ni sedap dengan nasi berperisa seperti nasi beriyani dan nasi minyak. Sekarang ni anda boleh buat sendiri je di rumah.

Tak nak makan dengan nasi minyak pun tak apa. Makan je dengan nasi putih panas-panas. Tapi kalau sekali-sekali buat nasi minyak atau nasi beriyani tu wajiblah buat acar rampai ni. Lagi sedap dan pelbagai bahannya berbanding acar mentah biasa tu.

Puas sikit makan. Boleh katakan kaya dengan bahan. Tak boleh nak anggap biasa macam acar mentah. Sebab acar rampai ni ada bahan kisar, ada proses menumis dan sebagainya. Dan rasanya memang akan buatkan anda tak mudah lupa.

Cukup dengan rasa masam, manis, masin dan pedas. Walaupun dimasak dalam kuali, timun dan lobak merah kekal rangup sebab direndam dulu dalam air kapur sebelum digaul dengan bahan lain.

Rugi kalau anda tak cuba resepi dari Fauziah Ali ni. Nak jumpa kat kenduri memang susah sikit. Sebab jarang orang buat. Kenduri musim sekarang ni pun memang payah nak ada. Lebih baik cuba sendiri di rumah.

 

RESEPI ACAR RAMPAI

Antara yang buatkan sedap dan berperisa ialah sebab ada bahan kisar udang kering sekali. Dikisar bersama bawang, halia dan cili, dan kemudian ditumis sampai naik minyak. Lagi bertambah sedap sebab dibuat berkuah yang dimasak sampai pekat.

Bahan-bahannya:
  • 2 biji timun
  • 2 batang lobak merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji cili padi hijau
  • 4 inci halia
  • 15 tangkai cili kering*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 paket kecil udang kering*
  • 2 cawan cuka
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Garam halus
  • Ajinomoto
  • Kapur makan
  • Minyak masak
  • Biji sawi (disangai)
Cara buat acar rampai:

▶️ Potong dan buang empulur timun dan lobak merah. Hiris memanjang atau dimayang. Halia juga dihiris memanjang.

▶️ Rendam dalam air kapur selama 15 minit supaya rangup. Lepas tu basuh dan toskan hingga kering airnya.

▶️ Belah 2 bawang merah dan bawang putih kalau besar sangat. Cili padi pula dibuang tangkai.

▶️ Kisar cili kering, bawang putih, bawang besar, halia dan udang kering yang bertanda * di atas. Kisar sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali hingga pijar, lepas tu tumiskan bahan yang telah dikisar sampai terbit minyak.

▶️ Kemudian masukkan cuka, air, garam halus, gula dan ajinomoto. Biarkan masak selama ½ jam hingga kuahnya pekat.

▶️ Bila kuah dah pekat, baru masukkan halia, lobak merah, timun, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaulkan sehingga sekata.

▶️ Masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Briyani Untuk 8 Orang Makan, Dengan Lauk Daging Kandar. Sedap Padu!

 

▶️ Lepas tu tutup api.

▶️ Sebelum hidangkan, biarkan acar ni dalam kuali dulu selama ½ jam supaya lebih mesra rasanya nanti.

Kalau ratah masa tu memang sedap. Cukup rasanya. Rangup pula tu. Kalau anda tak hidangkan dengan nasi berperisa pun, hidangkan dengan nasi putih panas.

Serius sedap dan makan berselera. Kadang-kadang muak makan sayuran yang sama. Sekali sekala nak makan acar yang sedap rencahnya ni apa salahnya.

Lepas ni kalau buat nasi minyak atau nasi beriyani ke, hidangkanlah dengan acar rampai yang sedap ni. Nampak istimewa sikit dari acar biasa. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.