pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Ada Nasi Lebih Semalam, Jom Buat Lempeng Nasi Lembut Dan Gebu. Special Betul!

0 2,172

Sarapan pagi kalau dapat makan lempeng sedap juga kan. Goreng garing-garing sikit dan cicah dengan sambal bilis atau kuah kari. Fuhh, sekeping seorang belum tentu cukup. Lempeng nasi yang lembut dan gebu yang dikongsikan oleh Umi Watie ni memang mudah buatkan kita terliur melihatnya.

Selalunya kalau ada nasi lebih semalam anda buat apa? Muak pula kalau buat nasi goreng kan. Buat lempeng sebenarnya sedap dan mengenyangkan juga. Rasa dia istimewa berbanding lempeng biasa.

Nasi dikisar halus, kemudian kisar lagi dengan tepung dan campur bahan perasanya. Serius sedap. Nanti rasa lempeng anda akan sedap berlemak dan gebu.

Lempeng nasi ni pun ada yang buat jualan. Sentiasa laku. Bayangkan macam mana sedap dan menepati citarasa sampai ada yang meminatinya.

Buat sarapan pagi atau minum petang memang sesuai. Kalau anda suka garing boleh goreng lama sikit dengan api yang kecil. Yang penting kekal gebu dan sedap.

 

RESEPI LEMPENG NASI

Masa nak kisar nasi, anda perlu kisar sehingga ianya halus. Supaya nanti adunan lebih lembut. Nak kisar nasi ni pun ada caranya nak pastikan nasi tu hancur sebati.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan nasi
  • 1 ¾ cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • ½ kiub pati ikan bilis
  • Sedikit garam
Cara buat lempeng nasi:

▶️ Mula-mula masukkan nasi dalam blender.

▶️ Masukkan 1 cawan air dulu dan kisar sehingga halus.

▶️ Kalau masukkan ketiga-tiga cawan sekali nanti nasi tak hancur halus.

▶️ Selepas tu baru masukkan baki 2 cawan air lagi.

▶️ Masukkan juga tepung gandum, kiub pati ikan bilis dan garam.

▶️ Kisar sehingga halus sebati.

▶️ Panaskan non stick pan dan oleskan sedikit minyak.

▶️ Masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan kuali. Nak ratakan pakai belakang senduk bulat pun boleh.

▶️ Terbalikkan untuk masak kedua-dua bahagian.

▶️ Dah masak dan garing, boleh angkat.

▶️ Sedia untuk dihidangkan dengan sambal ikan bilis atau kuah kari.

 

BACA JUGA: Jom Minum Petang Apam Lenggang Lembut Dan Lemak Manis. Syok Makan Panas-Panas!

 

Hidangkan panas-panas memang sedap. Nak garing tahap mana terpulang pada anda. Ada sesetengah orang tu suka kalau lempeng ni lembut atau lembik dan tak terlalu garing. Ada juga suka yang garing sampai berkerak. Ikutlah selera masing-masing.

Nak buat tebal atau nipis pun ikut selera juga. Biasanya kalau tebal, tahap garingnya tu tak sampai tahap garing lempeng yang nipis. Bila buat nipis lebih mudah dan cepat sikit garingnya.

Tak kisahlah macam mana pun cara hidangan lempeng nasi ni, janji lembut dan gebu. Bila tekak terasa nak makan makanan bergoreng untuk sarapan atau minum petang, eloklah buat lempeng ni. Hidangkan sekali dengan kopi o panas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.