https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Briyani Untuk 8 Orang Makan, Dengan Lauk Daging Kandar. Sedap Padu!

0 15,866

Sekarang ni orang Melayu pun dah ramai yang jual nasi briyani dan juga daging atau ayam masak kandar. Sebab juadah ni ada banyak permintaan. Tak perlu ke mamak Penang lagi dah. Kalau anda nak cuba masak sendiri, jom ikut resepi nasi briyani dan lauk daging kandar yang dikongsikan oleh Muhammad Hafizuddin ni.

Boleh buat sebagai hidangan istimewa untuk keluarga. Nasi briyani ni kebesarannya ialah bahan tumisan. Segala rempah ratus yang ditumis tu membuatkan nasi cukup berperisa, wangi dan beraroma.

Biasa kalau jumpa nasi briyani kebanyakannya menggunakan beras basmathi. Beras basmathi ni dah jadi simbolik nasi berperisa tak kira nasi briyani ke, nasi minyak, nasi tomato atau sebagainya.

Sebab beras basmanthi ni membuatkan nasi kembang cantik. Sebab tu kalau buat nasi briyani sebaiknya pakai basmathi untuk hidangan lebih cantik dan menyelerakan. Lepas tu nak lagi istimewa, hidangkan dengan lauk daging kandar.

Lauk kandar ni terkenal dengan kuahnya yang pekat dan bewarna hitam. Dan rasanya pun penuh dengan tumisan rempah ratus. Memang sepadan sangat kombinasi briyani dan lauk kandar ni.

 

RESEPI NASI BRIYANI DAN LAUK DAGING KANDAR

Biasanya kalau pergi kenduri yang ada hidangan nasi briyani, lauk-lauk yang biasa dihidangkan ialah ayam masak merah, daging masak hitam, dan acar mentah sebagai menu utama.

Daging masak hitam tu boleh dikategorikan sebagai hidangan kandar. Buat hidangan lengkap sebegini pun dah rasa cukup istimewa bila dihidangkan untuk keluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk nasi briyani:
  • Beras basmathi 1 kilo (rendamkan dulu ½ jam dan sejatkan)
  • Minyak sapi 1 sudu besar
  • Marjerin planta 5 sudu besar (atau lain jenis marjerin pun boleh)
  • Susu cair ¾ tin
  • Bawang besar 1 biji dimayang halus
  • Bawang merah 3 ulas (kisar)
  • Bawang putih 5 ulas (kisar)
  • Halia 2 inci (kisar)
  • 4 sekawan (kayu manis 1 batang, bunga lawang 3 kuntum, bunga cengkih 5 kuntum, buah pelaga 3 biji)
  • Daun pandan 3 helai (siatkan dan simpul)
  • Daun ketumbar segenggam (optional)
  • Bawang goreng segenggam
  • Gajus ½ cawan
  • Kismis ½ cawan
  • Safron secubit direndam dalam sedikit air panas (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning)
  • Kiub ayam Maggi 2 kiub
  • Garam secukup rasa
  • Rempah briyani 2 sudu besar (bancuh dengan air sikit)
  • Air mengikut sukatan beras (biasanya air lebih dari beras, contohnya 1:1 ½ nisbahnya)

Cara masak nasi briyani:

▶️ Panaskan minyak sapi atau planta dalam kuali.

▶️ Masukkan kesemua 4 sekawan, dan juga daun pandan yang dah disimpul.

▶️ Masukkan juga bahan tumis dan juga rempah briyani dan tumis kesemuanya sehingga wangi.

▶️ Kemudian masukkan gajus, dan masak sampai gajus bertukar warna perang.

▶️ Masukkan juga kismis dan kacau sekata.

▶️ Setelah tumisan dah cantik, masukkan air mengikut sukatan beras tadi dan juga susu cair.

▶️ Masukkan juga kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan air tu mendidih sekejap.

▶️ Lepas tu tuangkan ke dalam rice cooker dan masukkan beras. Dan masak nasi seperti biasa.

▶️ Lepas nasi dah kering-kering basah sikit, buka tudung periuk dan buat beberapa lubang menggunakan sudu.

▶️ Kemudian tuangkan safron atau pewarna kuning ke dalamnya.

▶️ Taburkan daun ketumbar sikit dan juga bawang goreng, dan tutup semula tudung periuk untuk bagi nasi betul-betul masak.

▶️ Lepas nasi dah masak, boleh kacau nasi untuk ratakan pewarna kuning dan juga bahan lain. Perlu hati-hati kacau sebab beras basmathi ni mudah patah. Sebaiknya gunakan chopstick atau garfu.

▶️ Dah siap nasi briyani.

▶️ Sekarang masak pula daging masak kandar.

Bahan-bahan untuk daging masak kandar:
  • Daging 1 kilo
  • Bawang kecil 20 biji (dihiris)

 

Bahan perlu dibasuh dan direndam hingga kembang, kemudian kisar:
  • Jintan putih 1 sudu besar
  • Jintan manis 1 sudu besar
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bunga lawang 4 kuntum
  • Buah pelaga 7 biji
  • Bunga cengkih 10 kuntum

 

Bahan yang akan dikisar dengan bahan rendam:
  • Cili kering 15 tangkai (direbus)
  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang putih ½ labu
  • Halia 2 inci

 

Bahan lain:
  • Sos tomato 1 cawan
  • Kicap pekat 1 cawan
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Daun kari 4-5 tangkai
  • Garam, gula, kiub ayam atau daging

Cara masak daging masak kandar:

▶️ Mula-mula kisar bahan yang perlu dikisar dengan bahan rendam. Gunakan sekali air rendaman tu untuk blender.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang kecil yang dihiris bersama dengan daun kari. Tumis sehingga kekuningan.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga garing.

▶️ Lepas tu masukkan daging. Gunakan api yang kecil, dan biarkan sehingga daging hampir kering dan hampir lembut.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Merah Kenduri. Sedap Hidang Dengan Jelatah Timun Nenas. Wajib Cuba!

 

▶️ Kemudian masukkan kicap, sos tomato, kerisik, garam, gula dan kiub pati. Dan teruskan masak lagi sehingga kering.

▶️ Kalau anda suka, boleh masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan masukkannya sebelum tutup api.

▶️ Dah siap daging masak kandar. Boleh hidangkan bersama nasi briyani.

▶️ Sedikit tips untuk daging kandar ni. Masakan ni lagi sedap kalau gunakan gula melaka asli berbanding gula putih. Namun kalau anda suka manis, boleh pakai gula putih.

Selain daging, kalau nak gantikan dengan ayam pun boleh juga. Tapi sebelum masukkan daging ke dalam kuah, gorengkan ayam dulu tak terlalu garing.

Rasanya memang wow! Makan waktunya panas-panas boleh terasa bahang dan manis seladak kuah. Gaulkan dengan nasi briyani yang lembut memang sedap.

Bolehlah cuba resepi nasi briyani dan lauk daging kandar ni dan jadikan hidangan istimewa anda pada hujung minggu atau untuk tetamu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.