Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Bergedil Daging Special. Sedap Ya Amat Ratah Macam Tu Je.

0 751

Peminat mee sup dan soto di sini, kalau anda makan mesti nak kena ada bergedil juga tak baru bertambah berselera? Bergedil ni sebenarnya pelengkap hidangan. Sekarang ni buat makan dengan nasi atau ratah macam tu je pun sedap. Ada cara buat bergedil daging anda boleh cuba.

Kali ni special sikit sebab bergedil digoreng lebih rangup. Bayangkan isi bergedil yang lembut dimakan dengan gorengan yang lebih rangup dan garing di luar. Sebab tu sedap ratah macam tu je tanpa makan dengan soto atau nasi pun. Tak cepat muak.

Hidangkan sekali dengan kicap pedas sebagai pencicahnya. Lagi bertambah padu. Resepi bergedil daging istimewa ni dikongsikan oleh Maria Bentalib.

Biasanya dalam ramuannya ada kentang sekali, bersama dengan bawang goreng, rencah dan sebagainya. Jangan terkejut yang resepi ni gunakan bahan sikit je, tapi boleh dapat hasil yang sangat sedap.

Dapat makan panas-panas lebih bertambah enak. Tapi kena hati-hati sikitlah sebab isi dalamnya memang panas sebab bahan-bahan dalam tu jenis yang lambat nak sejuk.

 

RESEPI BERGEDIL DAGING SPECIAL

Apa yang buatkan gorengan bergedil ni bertambah garing dan rangup sebab ianya digoreng dengan salutan telur yang dicampur sikit dengan tepung jagung. Goreng dengan api yang sederhana sambil balik-balikkan dalam kuali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ½ kilo kentang
  • 1 genggam daging cincang (dimasak sikit terlebih dahulu)
  • 1 genggam bawang goreng
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan untuk salut dan goreng:
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
Cara buat bergedil daging:

▶️ Mula-mula kupas kulit kentang.

▶️ Potong kecil-kecil dulu.

▶️ Lepas tu goreng sehingga empuk.

▶️ Dah goreng, lenyekkan sehingga halus.

▶️ Masukkan kesemua bahan lain dan gaul sekata bersama kentang.

▶️ Kemudian bulat-bulatkan ikut saiz sederhana. Jangan besar-besar sangat pula. Sedang-sedang je. Kalau nak gunakan acuan pun boleh.

▶️ Pukul telur yang dicampur dengan tepung jagung.

▶️ Golekkan bergedil dalam telur ni dan goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana.

 

BACA JUGA: Pecal Sayur Jawa, Senang Je Buat Kuah Rupanya. Ikut Suka Letak Sayur Apa. 

 

▶️ Dah garing dan cantik warna coklat keperangan, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Makan dengan soto memang wajib. Sekarang ni orang buat makan dengan nasi sebagai penambahan lauk. Serius sedap. Buat ratah-ratah sebagai kudapan pun sedap juga.

Nanti hidangkanlah dengan sambal kicap sekali. Biasanya nak buat sambal kicap mesti ada bawang putih, cili padi yang ditumbuk dan perahan limau nipis. Lepas tu campurkan dengan kicap manis.

Ada sambal kicap barulah lengkap rasanya bergedil daging anda ni nanti. Ikut je cara buat bergedil daging special resepi mudah ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.