Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Burger Prosperity Ala Mcd. Tak Sangka Mudah Je Rupanya. Lagi Mantap Dengan Sos Leleh.

0 1,205

Burger prosperity ni antara burger Mcd yang mewah dan sering buat kita craving. Tapi malangnya burger ni tak selalu ada. Mungkin sebab Mcd nak jaga tahap eksklusifnya. Tak apa, jom kita cuba buat sendiri burger prosperity ala Mcd ni.

Untung-untung boleh buat sos leleh yang lagi padu ikut tekak kita. Rupanya nak buatnya tak susah sangat pun. Tapi orang kata nak rasa nikmat burger yang berperisa, jangan kedekut bahan rencah.

Kalau sana sini nak jimat, nanti burger tu rasa biasa jelah macam burger tepi jalan tu. Tapi burger yang itu pun sekarang dah bermacam rencah dan perasa orang buat. Apatah lagi kita nak buat burger prosperity ni.

Resepi yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin menggunakan daging kisar yang dicampurkan pelbagai bahan. Kemudiannya akan dibentukkan menjadi daging burger prosperity.

Yang buatkan padu burger ni nanti ialah sos black peppernya yang dibuat sendiri. Sos ni dimasak pekat dan wangi. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI BURGER PROSPERITY ALA MCD

Bila dah siap burger prosperity ni, bolehlah dihidangkan lengkap dengan makanan sampingan lain seperti kentang goreng. Pasti anak-anak teruja!

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk daging burger:
  • Daging kisar jenama Ramly 1 kilo
  • Serbuk roti 8 sudu makan
  • Bawang holland 1 biji dicincang
  • Blackpepper 1 sudu makan (kisar kering)
  • Garam dan Maggie cukup rasa secukupnya
  • Boleh tambah telur, Italian herbs dan bahan-bahan lain jika mahu

Bahan untuk sos black pepper:
  • Serbuk Demi Glace 50 gram
  • Bawang merah 1 biji dihiris halus
  • Marjerin atau mentega 2 sudu makan
  • Serbuk black pepper 2 sudu makan
  • Air 500 ml
  • Sos cili 3 sudu makan
  • Brown sugar atau gula melaka 1 sudu makan
  • Perasa secukupnya

Bahan-bahan lain:
  • Roti
  • Salad
  • Tomato
  • Fries

 

Cara membuat burger prosperity ala Mcd:

▶️ Mula-mula kita buat dulu daging burger.

▶️ Caranya, cincang dulu bawang holland.

▶️ Kemudian masukkan bawang ni ke dalam mangkuk bersama dengan bahan lain iaitu daging, serbuk roti, black pepper dan perasa.

▶️ Serbuk roti tu kalau tak ada boleh gantikan dengan tepung biasa pun boleh.

▶️ Kemudian, gaul dan sebatikan bahan-bahan ni menggunakan tangan. Elakkan pakai aksesori sebab nanti takut masuk benda asing pula dalam adunan.

▶️ Lepas dah sebati, ambil sikit-sikit adunan dalam 100 gram, dan bentukkan membulat seperti ni. Lebih kurang boleh dapat dalam 10 ketul.

▶️ Lepas tu, leperkan kepada bentuk memanjang untuk dijadikan bentuk burger prosperity. Pastikan jangan buat tebal sangat sebab takut tak masak bahagian dalam.

▶️ Kalau bentuk tu panjang sampai keluar sikit dari roti pun tak apa sebab lepas goreng nanti daging akan mengecut sedikit.

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan marjerin/mentega.

▶️ Lepas marjerin dah mencair, masukkan daging dan goreng sehingga garing dalam 3-4 minit untuk setiap bahagian depan belakang.

▶️ Ini contoh daging yang dah siap dimasak. Ketepikan.

▶️ Belah roti panjang, sapukan marjerin sedikit, kemudian panaskan atas kuali sehingga ada garing sikit.

▶️ Lepas dah goreng roti, ketepikan. Lepas tu buat sosnya pula.

▶️ Panaskan kuali dan masukkan sesudu marjerin.

▶️ Kemudian masukkan bawang merah yang dah siap dihiris, dan tumis sehingga garing.

▶️ Dalam mangkuk lain, bancuh 50 gram serbuk Demi Glace dengan 500 ml air dan sebatikannya. Jangan guna air panas sebab nanti berketul. Gunakan air biasa je.

▶️ Bagi yang tak tahu, serbuk Demi Glace ni biasa digunakan untuk buat brown sauce. Brown sauce inilah yang akan digunakan untuk buat sos black pepper, mushroom sauce dan macam-macam lagi.

▶️ Dalam tumisan bawang tadi, masukkan bancuhan Demi Glace ni dan kacau perlahan-lahan.

▶️ Kemudian masukkan serbuk black pepper an sos cili.

▶️ Masukkan perasa secukupnya. Brown sugar atau gula melaka ni dimasukkan untuk menambahkan lagi rasa.

▶️ Kemudian biarkan sehingga sos menjadi pekat.

▶️ Lepas tu, celupkan daging yang dah digoreng tadi ke dalam sos ni. Biarkan ianya meresap sebati.

▶️ Bolehlah hidangkan dengan roti, hirisan bawang holland dan banjirkan kuah sos ke dalamnya.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Sate Sosej Roll Cheese Yang Pasti Buat Anak-Anak Terliur! Hanya 5 Bahan Ringkas Je.

 

Fuuhh, memang menggoda tengok burger prosperity sos leleh ni. Kalah pula burger yang ada di Mcd tu. Nak buatnya pun tidaklah susah mana.

Kalau sajikan untuk anak-anak burger dan set lengkap hidangan western ni, memang lepas ni tak dimintanya pergi ke Mcd. Mintak ibu buat sendiri je sebab lebih sedap dan lagi puas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.