Segalanya Tentang Makan..

Ayam Masak Sos Tiram Madu. Lebih Sedap Perap Dan Bakar Ayam Dulu. Serius Padu!

0 112

Dalam banyak-banyak hidangan, rasanya hidangan ayamlah yang boleh dibuat pelbagai jenis masakan tak kira masak lemak, masak sos, bakar pelbagai perisa, dan macam-macam lagi. Salah satunya ialah ayam masak sos tiram madu ni!

Mungkin sebab isi ayam yang mudah masak dan menyerap bahan, serta rasanya sedap. Resepi ayam masak sos tiram madu ni dikongsikan oleh Khadijah Jaafar yang wajib anda cuba. Rasanya memukau sebab ayam diperap dulu kemudian dibakar dalam air fyrer sehingga lembut dan juicy.

Rasa masakan ni lebih kepada manis dengan bahan kicap dan madu. Dan ada juga rasa bahang dek lada hitam. Anak-anak pun boleh makan sebab aromanya sedap dan tak cepat muak.

Boleh dikatakan ayam masak sos tiram madu ni resepi ringkas campak-campak je sebab sekejap je siap. Bakar ayam dalam air fryer pun tak lama dalam 25 minit.

Kalau anda bosan asyik makan lauk ayam yang sama, bolehlah buat resepi ni. Hidangan ni tak berkuah, jadi sesuailah buat lauk sampingan. Tapi kalau anda jenis suka lauk kering, menu ni sesuai untuk anda.

 

RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM MADU

Kalau masakan ayam ni, pilihlah bahagian ayam mana anda suka untuk dimasak. Tapi sebaiknya campur semua bahagian sebab masakan ni sedap bila ramuannya meresap ke dalam isi dan tulang ayam. Confirm anda makan sampai licin.

Bahan-bahan:
  • ½ ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar holland (dihiris)
  • 1 biji cili besar (dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam
Bahan perap:
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil madu
Cara masak ayam masak sos tiram madu:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam dan perapkan dengan bahan perap.

▶️ Kemudian masak ayam dalam air fryer selama 25 minit pada suhu 200’c.

▶️ Pada minit ke 15 nanti, buka air fryer sekejap dan balikkan ayam. Kemudian sambung masak semula.

▶️ Dalam kuali, panaskan sedikit minyak.

▶️ Masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan dan naik bau wangi.

▶️ Kemudian masukkan bawang besar dan tumis lagi seketika.

▶️ Masukkan sos tiram, madu, lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

▶️ Kalau suka masin, boleh masukkan garam tapi jangan banyak sangat sebab sos dah masin.

▶️ Lepas tu masukkan ayam yang dah dimasak dalam air fryer tadi. Kacau sampai ayam dan sos sebati.

▶️ Taburkan cili merah sebagai penambahan bahan.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Kicap Sambal Berlado. Dimasak Kering Lagi Padu Rasanya. Mudah Je! 

 

Masakan ni ringkas je tapi cukup rasa dan aromanya. Boleh jadikan lauk tambahan untuk membangkitkan selera.

Kalau anda suka sosnya lebih untuk digaulkan dengan nasi, boleh masukkan lebih sikit. Tapi pastikan rasanya seimbang dengan masin dan manis kesemuanya.

Kalau nak buat makan malam yang ringan-ringan dan simple je, sesuai buat ayam masak sos tiram madu ni. Pasti suami makan pebuh berselera. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.