pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ayam Goreng Mamak Rangup. Rahsia Perapan Ayam Paling Sedap!

0 6,956

Pernah tak pergi ke kedai mamak, lepas tu ternampak ayam gorengnya beserta dengan serbuk-serbuk tepung yang rangup bergumpal-gumpal kat situ. Memang terliur dibuatnya. Bila makan terdengar krup krap krup krap tepung. Tambahan lagi pula kalau makan ayamnya rasa sedap dengan aroma rempah. Ada cara buat ayam goreng mamak rangup dan sedap ni. Bagi yang teringin, boleh cuba resepi ni!

Cara buatnya senang dan bahan-bahannya tersangatlah simple. Anak-anak ni kita tahu yang mereka memang suka sangat dengan ayam goreng. Kali ni kalau nak hidangkan mereka ayam, apa kata buat ayam goreng mamak ni pula. Bukankan anak-anak, yang dewasa ni pun pasti gilakan ayam goreng ni juga.

Antara faktor ayam goreng mamak ni sedap ialah disebabkan proses perapan ayamnya tu. Bahan perap yang dicampurkan ada aroma dan rasanya yang menangkap selera. Kalau lagi lama ayam diperap, lagi sedap dan meresap bahan perapan ke dalam isi ayam.

Dan kalau nak menambahkan kerangupannya lagi, campurkan sekali dengan tepung jagung dan tepung beras semasa gaulkan bahan perapan. Resepi ayam goreng mamak rangup dan sedap ni telah dikongsikan oleh Zahir Derashid.

Kalau biasa kita pergi ke kedai mamak tu, ayam goreng ni selalu dimakan dengan nasi putih atau nasi kandar yang dicampurkan dengan kuah. Memang sedap tak terkata. Bila dapat buat sendiri ni, lagi enak dapat menikmatinya dengan nasi, mihun atau apa sahaja yang kita gemari. Kalau nak ratah macam tu je pun lagilah sedap.

 

RESEPI AYAM GORENG MAMAK

Ayam goreng mamak ni bahan perapannya ada dicampurkan sedikit serbuk cili untuk berikan rasa pedas. Bagi anda yang tak nak pedas sangat, boleh kurangkannya ikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ekor ayam siap dipotong dan dicuci

Bahan-bahan kisar:
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 2 inci
  • Serbuk kari 2 sudu makan (guna kari daging atau apa-apa sahaja anda suka)
  • Lada putih 1 sudu makan
  • Telur 1 biji
  • Serbuk cili 1 sudu makan
  • Garam 1 sudu makan atau secukup rasa

 

Bahan lain:
  • Tepung jagung 6 sudu makan
  • Tepung beras 6 sudu makan
  • Daun kari 3 tangkai

Cara buat ayam goreng mamak rangup dan sedap:

▶️ Mula-mula kisarkan semua bahan yang perlu dikisar.

▶️ Kemudian, dalam 1 bekas atau besen, campurkan tepung beras, tepung jagung, daun kari dan bahan kisar tadi bersama dengan ayam. Gaulkan sehingga sekata.

▶️ Kalau campuran bahan tu pekat sangat, boleh masukkan sikit air, tapi pastikan jangan terlalu cair sebab nanti bahan tak berasa.

▶️ Kemudian perapkan selama 1 jam. Kalau lagi lama lagi sedap.

▶️ Selepas perap, bolehlah gorengkan ayam ni dalam minyak panas. Dan goreng sehingga garing.

▶️ Dah siap bolehlah jamukan untuk keluarga.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Buttermilk Sedap. Ayam Digoreng Rangup Krup Krap. Dan Kuah Sedap Berlemak!

 

Kalau sekali gigit ayam yang rangup dan sedap ni, confirm tak boleh lupa rasanya. Sebab tu orang kata kalau makan ayam goreng, jangan terhadkan seorang makan seketul. Bila dapat yang sedap, beraroma, dan rangup macam ni, sah-sah akan makan lebih.

Lepas ni kalau craving ayam goreng mamak, boleh buat sendiri ikut resepi ni. Mudah dan ringkas je. Bila buat sendiri boleh lagi jimat berbanding makan di luar. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.