pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Tenggiri Lemak Padang Mudah Dan Sedap. Kuah Lemak Pekat Dan Beraroma!

0 5,305

Masakan gulai lemak bersantan ni memang dah sebati dengan masyarakat Melayu. Apa jua jenis masakannya memang tak lari contohnya masak lemak cili api, kari, dan sebagainya. Tapi dalam banyak-banyak masakan bersantan, pernah tak anda cuba resepi seberang pula yang diberi nama masak lemak padang? Kalau belum pernah, apa kata jom cuba resepi ikan tenggiri lemak padang ni!

Masakan lemak padang ni memang sedap, pekat kuahnya dan wangi beraroma. Tambahan lagi kalau buat masakan dengan ikan tenggiri. Ikan tenggiri ni tahu je lah, ada rasa manis ikan yang sedap dan isinya pun kenyal mampat. Lagi-lagi kalau dimakan belah ekornya. Nikmat sungguh bila dimasak sebati dengan kuah bersantan.

Masakan lemak padang ni sekali pandang macam masakan lemak cili api. Tapi sebenarnya bahan-bahan yang digunakan berbeza. Dalam masakan ni ada aromanya tersendiri. Berbeza dengan lemak cili api yang jauh lebih simple bahan-bahan yang digunakannya.

Untuk resepi ikan tenggiri lemak padang ni, perkongsian resepi yang ringkas dan mudah anda boleh rujuk ialah dari Nurul Ateekah. Kalau diamati, sebenarnya ada pelbagai cara penyediaan masakan padang yang ramai orang kongsikan. Setiap resepi ada bahannya yang memberikan aroma tersendiri.

Kalau anda nak buat pedas atau kurang, atau pun nak kan kuah yang lebih berlemak, boleh adjust ikut kesukaan anda. Boleh kurang lebihkan untuk bahan cili api dan santan tu. Tapi sebaiknya kalau lauk ni dimasak pekat dan pedas, lagi sedap bila dimakan dengan nasi putih.

 

RESEPI IKAN TENGGIRI LEMAK PADANG

Selain ikan tenggiri, ada juga yang buat masakan ni dengan ikan lain seperti ikan merah, ikan tongkol dan sebagainya. Bukan tu je, kalau nak dimasak sotong, ayam atau udang pun sedap juga. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan tenggiri 5-6 ketul
  • Santan ½ kotak kecil
  • Halia 2 cm
  • Lengkuas 2 cm
  • 2 hirisan lengkuas
  • Kunyit hidup 1 cm
  • Bawang besar ½ biji atau 3 biji bawang merah
  • Bawang putih 3 ulas
  • Buah keras 2 biji
  • Cili merah 2 batang
  • Serai 1 batang
  • Daun salam 1 helai
  • Tomato 1 biji dipotong 4
  • Minyak secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air 1 ½ cawan

Cara masak ikan tenggiri lemak padang:

▶️ Mula-mula kisarkan halia, 2 cm lengkuas, kunyit hidup, bawang besar atau bawang merah, bawang putih, buah keras dan cili merah. Kemudian ketepikan.

▶️ Cuci bersih ikan tenggiri yang dah siap dipotong, dan lumurkan serbuk kunyit dan juga garam. Goreng ikan sehingga masak.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan hirisan lengkuas, serai yang dah diketuk dan juga daun salam. Tumiskannya seketika.

▶️ Selepas tu masukkan bahan yang dah dikisar tadi dan masak sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan air dan santan. Kacau sebati dan masak kuah sehingga mendidih.

▶️ Kemudian masukkan tomato dan juga ikan yang dah digoreng tadi.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶️ Masak sehingga mendidih, boleh tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Merah Masak Cuka. Sedap Rasa Kuah Masak Dan Beraroma. Confirm Hirup Sampai Licin!

 

Kalau hidangkan dengan nasi panas-panas, sedap betul makan dengan kuah lemak padang ni. Lepas tu hidangkan sekali dengan ulaman atau timun. Puaslah makan tanpa ada lauk lain lagi dah. Kuahnya yang pekat dan cukup berasa rempahnya tu buatkan sedap bila digaulkan dengan nasi.

Lepas ni bolehlah sesekali ubah selera dari masakan melayu ke masakan seberang dari Indonesia ni pula. Tak jauh beza pun dengan gulai lemak kita. Yang penting sangat sedap dan menyelerakan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.