Duduk rumah ni, biasanya kalau dah muak lauk bergoreng atau sambal, dapat makan lauk bersantan pun sedap juga. Kalau tak gulai lemak, buat lauk kari. Memang layan buat makan tengah hari dan malam. Cicah roti pun sedap juga.
Dalam banyak-banyak kari, kari ayam paling popular. Nak makan dengan nasi, makan dengan roti putih dan roti jala, makan dengan mee kari, kebanyakan dari kita suka makannya dengan kari ayam. Cara masak kari ayam paling senang sekali berbanding yang lain.
Macam-macam resepi kari ayam dah orang buat sekarang. Ada yang lebih rempah, ada buat style mamak, resepi kari ayam utara pun ada. Kali ni saya nak buat perkongsian resepi kari ayam paling simple sekali. Bagi beginner, memang sesuai ikut resepi ni.
Perkongsian ni dari Hazie Kosnin. Bahan-bahan yang digunakan simple je. Ada rasa rempah ratus, kari dan santan. Ikut selera kita. Kalau nak kuah pekat dan berlemak boleh lebihkan kari dan santan.
Kalau nak pedas atau tak pun, boleh adjust cili kering yang dimasukkan. Ikut citarasa masing-masing. Jom kita lihat cara masaknya.
RESEPI KARI AYAM SIMPLE
Untuk resepi ni, nak lagi sedap lagi boleh campurkan sekali dengan kentang yang dipotong saiz sederhana. Tak ada lah kuahnya nanti nampak kosong je.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam
- Kentang
- Rempah kari (campurkan dengan rempah daging dan rempah ikan)
- Cili kering yang dah siap dikisar
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih (atau 4 sekawan)
- Santan
Cara masak kari ayam paling senang:
▶️ Potong mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang-bawang dah halia tersebut, termasuk sekali 4 sekawan.
▶️ Tumis bahan-bahan ni sehingga naik bau dan bertukar warna.
▶️ Seterusnya masukkan serbuk kari dan cili kering yang dimesin ke dalam mangkuk, dan bancuhkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
▶️ Kemudian masukkan pes ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
▶️ Tumis lagi sehingga pecah minyak. Akan naik bau semerbak kari dan tumisan rempah tadi.
▶️ Selepas tu masukkan ayam dan kentang. Gaul sehingga sekata.
▶️ Masukkan pula air sehingga paras kuah yang anda mahukan. Biarkan sekejap sehingga ayam dan kentang empuk.
▶️ Kemudian masukkan santan. Tengok kepekatan santan. Kalau gunakan santan fresh atau santan kotak yang pekat, boleh campurkan sikit air. Ikut tahap kepekatan yang anda nak.
▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa.
▶️ Dah mendidih dan masak boleh padamkan api.
BACA JUGA: Resepi Rendang Ayam Perak Yang Marvellous. Rahsia Nak Dapatkan Rendang Yang Sedap!
Kalau sukakan lagi aroma kari yang lebih kuat, boleh masukkan daun kari beberapa helai. Masukkan waktu menumis bahan pada awal masakan tadi. Lagi naik baunya!
Masak kari ni tak payah ada tambahan perasa apa-apa lagi je dah sedap. Sebab tumisan bahan rempah dan kari tadi dah ada aromanya sendiri. Lebih pure kata orang tu.
Kalau nak makan dengan nasi dan roti putih memang sedap, buat hidangan lauk tengah hari dan makan malam. Tambahan lagi lauk ni boleh adjust nak buat pedas atau tak. Boleh masak untuk anak-anak.
Senang je kan resepinya. Cepat dan mudah nak buat. Kalau tak tahu dah nak masak apa, buat je lauk kari ayam ni untuk juadah yang simple dan sedap. Selamat mencuba!