Bagi yang suka makan daging, mesti terngiang-ngiang je rasanya kan kalau sebut je nasi daging ni. Kalau tak pernah makan, buat tertanya-tanya macam mana nasi daging tu. Orang belah utara memang dah biasa dah. Resepi nasi daging air asam utara ni memang mai dari sana dan cukup popular.
Bila pergi ke belah utara je, nampak lah ramai penjual nasi daging dengan bermacam-macam rasa dan style masakannya. Yelah, lain tangan, lain sikit hasilnya. Tapi asas masakan nasi daging ni sama je iaitu nasi yang dimasak dengan tumisan rempah dan air daging.
Dan hidangannya mesti lengkap dengan air asam. Barulah mantap rasa dia dan menaikkan selera! Orang yang bukan dari utara boleh cuba resepi ni kalau sesekali nak rasa masakan nasi special sebegini. Bahannya mudah je nak disediakan.
Hanya gunakan bahan biasa yang selalu dibuat tumis, dan bahan utamanya ialah rempah kurma. Memang sedap dengan bau aroma rempahnya, lagi-lagi dicampurkan juga dengan air rebusan daging. Kalau tak cuba, memang rugi.
Perkongsian resepi nasi daging air asam utara ni ialah daripada Miera Abd Manaf. Hidangan nasi dan kuah asamnya memang padu dan sangat menyelerakan. Jom lihat resepinya.
RESEPI NASI DAGING AIR ASAM UTARA
Untuk resepi ni, akan diberitahu semua bahan yang akan digunakan dalam masakan dengan lengkap. Cuma anda tentukan sendiri sukatan bahan mengikut kuantiti beras yang anda masak. Boleh agak-agak sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Beras
- Minyak sapi (ikut pilihan. Boleh juga gunakan butter atau pun minyak masak)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga (4 sekawan)
- Daun pandan
- Rempah kurma
- Susu cair (ikut pilihan. Kalau nak masukkan air rebusan daging sahaja pun boleh)
- Garam
- Kiub daging
- Air rebusan daging
Cara masak nasi daging:
▶️ Mula-mula hiris halus bawang merah, bawang putih dan halia.
▶️ Kemudian panaskan periuk nasi atas dapur. Masukkan minyak sapi dan tumis bawang-bawang, halia yang dihiris halus tadi dan 4 sekawan. Tumis sehingga naik bau dan warna keperangan.
▶️ Seterusnya masukkan rempah kurma dan gaul sebati.
▶️ Masukkan pula beras dan kacau sekata.
▶️ Selepas tu alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker. Tuangkan air rebusan daging, susu cair dan daging yang dah siap direbus.
▶️ Taburkan sekali kiub daging dan garam secukup rasa.
▶️ Masak nasi seperti biasa.
▶️ Sementara tunggu nasi masak, sediakan air asam.
Bahan-bahan untuk air asam:
- Cili padi
- Cili besar
- Belacan
- Garam
- Kerisik
- Air asam jawa
- Limau nipis
- Tomato
- Bawang besar
Cara penyediaannya:
▶️ Tumbuk cili padi, cili besar, garam dan belacan.
▶️ Selepas tu masukkan kerisik, air asam jawa dan air limau nipis, tomato dan bawang besar.
▶️ Kacau sehingga sebati.
▶️ Dah siap.
Bahan-bahan dan cara penyediaan sup:
▶️ Nak buat sup ni, gunakan juga air rebusan daging.
▶️ Selebihnya tambahkan dengan bawang, halia dan garam.
▶️ Akhir sekali taburkan daun sup dan daun bawang.
▶️ Sedia dihidangkan bersama nasi dan air asam.
BACA JUGA: Cara Buat Daging Masak Jintan. Tip Daging Jadi Lembut!
Yang buatkan menggoda sangat masakan nasi daging ni ialah kuah asamnya tu. Memang wajib ada, barulah padan kombinasinya. Kalau tak ada kuah asam ni, tak menjadi nasi daging kita.
Tambahan lagi, air asam ni dicampurkan dengan kerisik yang memekatkan lagi kuah. Kecut air liur dibuatnya. Memang sedap digaulkan dengan nasi. Cukup rasa masam dan pedas.
Tak rugi kalau cuba. Jangan lupa share kan resepi nasi daging ni atau simpan dulu supaya nanti senang nak tengok semula kalau anda nak membuatnya. Selamat mencuba!