Segalanya Tentang Makan..

Resepi Rendang Ayam Perak Yang Marvellous. Rahsia Nak Dapatkan Rendang Yang Sedap!

0 2,263

Pada yang suka makan rendang, ada lagi tak yang tak pernah makan rendang Perak ni? Yelah, lain negeri, lain cara buat rendangnya. Ada yang letak rempah, ada yang tak. Ada yang gunakan kerisik, dan ada juga yang tak masukkan kerisik.

Ramai fikir nak buat rendang ni susah dan leceh. Kena mengadap dapur lama, banyak bahan, rajin kacau, dan macam-macam lagi. Sebenarnya bergantung juga. Ada je style masakan rendang yang simple tapi sedap.

Resepi rendang ayam Perak ni antara yang simple je. Tapi rasa dia memang sedap. Resepi yang saya nak kongsikan ni dari Koleksi Resepi Puan Sharifah Shaari. Ada tips yang disediakan untuk dapatkan rendang yang sangat mervellous!

Bahan yang diperlukan sangat simple. Cuma agak mengambil masa nak sediakan sebab bahan tak dikisar, tapi dihiris halus. Selama ni selalu kita tengok, ramai orang hanya kisar je sebab nak mudah. Tapi kalau dihiris sebenarnya rasa dia lagi memukau.

Ada lagi tips-tips berguna yang anda boleh ambil kira melalui resepi ni. Barulah dapat rendang yang betul-betul menambat selera. Jom saya kongsikan resepinya.

 

RESEPI RENDANG AYAM PERAK

Nak dapatkan rendang yang sedap ni, selain dari hiris bahan-bahannya, anda juga perlu pandai agak amaun sukatannya. Atau untuk lebih jelas lagi, gunakan santan yang betul-betul cukup dan bawang yang banyak. Kata orang tu rasa rendang tu akan lebih berperasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam besar 1 ekor
  • Santan pekat ¾ kg
  • Bawang kecil 15-20 ulas
  • Halia 2 inci
  • Serai 4 batang
  • Lengkuas 1 inci (atau tak letak pun tak apa)
  • Daun kunyit (yang lebar) dalam 3 helai atau 4 helai saiz sederhana
  • Cili giling 3 sudu (atau ikut kepedasan masing-masing)
  • Garam secukup rasa
  • Kelapa parut fresh 3 sudu besar yang ditumbuk sedikit (kelapa parut ni menggantikan kerisik)
Sumber: Tokopedia
Cara masak rendang ayam Perak:

▶️ Hiris halus semua bahan-bahan.

▶️ Daun kunyit pun perlu dihiris halus atau dimayang. Cuma nanti ia akan dimasukkan waktu akhir-akhir nanti.

▶️ Panaskan kuali, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan termasuk ayam, cili giling dan santan pekat.

▶️ Kacau-kacau sebati, dengan gunakan api yang sederhana.

▶️ Masa ni hanya perlu tunggu dan kacau sehingga semuanya masak dan hampir kering.

▶️ Setelah dah kering, akhir sekali baru masukkan daun kunyit yang dah dihiris.

▶️ Kacau sehingga sebati, dan lepas tu boleh tutup api.

▶️ Sedia dihidangkan!

Tak sangka senang je kan resepi rendang ayam Perak ni! Bahan tak banyak dan cara masak hanya masukkan je ke dalam kuali kesemua bahan, dan tunggu sehingga masak.

Rendang Kerang Perak

Selain masak rendang ayam ni, resepi ni pun sedap juga dimasak dengan kerang. Ada juga yang buat rendang Perak dengan udang dan ketam. Fuuh, rasa dia mesti lagi sedap dan padu!

 

BACA JUGA: Cara Buat Pau Gebu Dan Lembut. Sedap Makan Panas-Panas Buat Hidangan Minum Petang

 

Kalau dihidangkan waktu hari raya memang sedap sangat dinikmati dengan lemang dan ketupat. Sebab aroma rendang ni lebih wangi dengan hirisan serainya tu. Nak masaknya pun mudah dan simple je.

Kalau dimakan dengan nasi putih atau pulut kuning pun lagi terangkat rasa dia! Bolehlah plan buat rendang Perak ni masa hari raya nanti. Pada yang nak mencuba, jangan lupa ikut resepi ni ya.

Kongsikan dulu resepi ni di wall Facebook anda sebab nanti mudah kalau nak rujuknya semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.